Sunday, November 25, 2018

REFLEKSI MINGGU KE-11


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca,

21 November 2018, Rabu – Minggu ini kuliah telah bertukar tangan kepada Dr. Radiah atau nama glamournya Dr. Odi. Sebelum kelas bermula seperti biasa kami telah menerima arahan untuk mencari sebuah buku dalam bahasa Melayu dan sebuah buku dalam bahasa Inggeris mengenai etika dalam penyelidikan dan etika dalam penulisan dan setiap buku itu tidak boleh sama dengan orang lain. Arahan seterusnya adalah Dr. Odi meminta Aizat untuk mengetuai dan membimbing bacaan Yaasin untuk Dr. Rahimah yang merupakan pensyarah Ilmu Kemanusiaan dan pensyarah Sastera yang sedang melawan dengan penyakit kanser pangkal rahim tahap 4 di Hospital Pulau Pinang. Kami satu kelas membacakan Yaasin untuk Dr. Rahimah dan tiba-tiba suasana hiba dan rasa sebak menyelubungi diri kerana teringatkan mak ayah di kampung. Jika hendak diingatkan kembali tentang penyakit, mak dan ayah saya pernah suatu ketika dahulu melakukan major operations yang mana pembedahan tersebut merupakan pembedahan yang besar dan kalau ditanya perasaan kami pada masa itu hanya Allah sahaja yang tahu walaupun pada ketika ayah melakukan pembedahan injogram itu saya berusia 8 tahun dan masa mak menjalankan radiotheraphy dan chemotherapy pada usia saya 13 tahun. Ayah penghidap sakit jantung dan mak penghidap kanser. Setiap orang ada ujian masing-masing mengikut kemampuan diri, Allah itu Maha Adil. Allah tidak akan uji hambaNya luar daripada kemampuan mereka.
            Kemudian kelas diteruskan dengan kami harus menjawab apa perkaitan suhu dengan etika penyelidikan dan memberikan jawapan pada ruang komen bawah yang disediakan oleh Dr. Odi. Jawapan yang saya berikan ‘Suhu dan etika dalam penyelidikan mempunyai perkaitan yang mana unsur suhu itu sendiri kita tahu ada panas ada sejuk jadi jika persekitaran dan keadaan suhu subjek panas atau sejuk ( emosi ) akan mempengaruhi mereka meresponden soalan daripada penyelidik’. Dr. Odi menyatakan tiada jawapan yang spesifik untuk pertanyaan beliau tetapi kita boleh mengaitkan dengan persekitaran sekeliling kita dan menjadi orang yang lebih peka terhadap orang sekeliling sama ada keluarga, sahabat andai dan sebagainya. Berkaitan dengan etika atau adab kita sewaktu menziarahi orang sakit dan kematian, seharusnya kita perlu lebih berhati-hati dalam melakukan sebarang ungkapan atau tindakan. Sekian, ini sahaja coretan saya untuk kali ini. Terima kasih kepada yang sudi membaca.

Kubur Arwah Atuk Hj. Ismail bin Kasi 
(atuk yang paling rapat)
Al- Fatihah

Al-Fatihah buat Almarhumah Dr. Rahimah A. Hamid yang sudah kembali ke rahmatullah pada 8.01 malam , Rabu (21 November 2018)

Sekian, Terima Kasih
Oleh : Azira Tarmuzi

Monday, October 29, 2018

REFLEKSI MINGGU KE- 7


Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan buat pembaca blog ini.

23 Oktober 2018, Selasa – Minggu konvokesyen Universiti Sains Malaysia telah bermula. Maka bermula lah tugasan yang dinanti-nantikan iaitu menemu bual graduan PhD di USM ini. Oleh sebab pada para graduan PhD terlibat dalam konvokesyen pada hari Selasa sahaja maka kami pun memulakan pencariaan mangsa yang bertuah untuk kami temu bual pada pukul 1 petang. Dalam kumpulan proposal yang sama kami telah menemui seorang lelaki Cina yang baru sahaja keluar daripada dewan dan kami menjalankan sedikit rappo bersama beliau dengan berbual kosong terlebih dahulu untuk mendapatkan hubungan yang mesra dan supaya tidak terlalu kekok apabila temu bual berlangsung. Nama insan yang berjaya menamatkan PhD ini ialah Yeap Kim Huat berasal dari Perak dan mempunyai sebuah keluarga bahagia. Beliau seorang yang sangat profesioanl dan sangat memberi kerjasama bersama kami. Kami mengajukan beberapa soalan kepada beliau seperti latar belakang beliau, mengenai kajian thesis beliau, cabaran yang dihadapi, dorongan dan sebagainya. Rakaman beliau boleh dilihat melalui link Youtube ini,  https://www.youtube.com/watch?v=ORBffGPk2MY&feature=youtu.be. Berdasarkan jawapan beliau, kami dapat simpulkan bukan mudah untuk berjaya dan ilmu adalah sangat penting dan perlu dicari sampai liang lahad. Kami mendapat inspirasi baru dan semangat baru daripada beliau untuk meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya. In Shaa Allah jika dengan izinNya.

Dr. Yeap Kim Huat bersama keluarga


24 Oktober 2018, Rabu – Kuliah dibatalkan. Akan tetapi Dr Sofiah telah memberi awal-awal lagi tugasan untuk kami isi semasa kuliah dibatalkan iaitu menerangkan ujian One Way ANOVA dengan menggunakan aplikasi screencas. Dalam penerangan, kami diminta untuk menerangkan;(i) hipotesis kajian, (ii) syarat ujian ANOVA, (iii) cara ujian ANOVA dijalankan. Dalam kumpulan proposal yang sama juga kamu berempat bersilat melakukan aktiviti ini di dalam bilik perbincangan Perpustakaan Hamzah Sendut 1 selama hampir 6 jam. Untuk melihat hasil kajian ANOVA kami boleh dilihat pada link di Youtube, https://www.youtube.com/watch?v=b3OQ3tCWHaI&feature=youtu.be. Bagi saya aktiviti sangat menarik tetapi sangat memerlukan kesabaran dan ketelitian yang lebih kerana sekali tersilap apabila merakam kami perlu mengulang semula untuk merakam rakaman yang baru. Jelas dapat disimpulkan bahawa ujian ANOVA dan ujian t- test adalah benda yang berbeza kerana ujian ANOVA boleh dilakukan lebih daripada dua pemboleh ubah dalam masa yang sama berbanding ujian t- test yang hanya fokus pada satu pemboleh ubah sahaja. Ini sahaja coretan saya untuk kali ini. Terima kasih kepada yang sudi membaca.

Sekian, Terima Kasih
Oleh : Azira Tarmuzi


Friday, October 19, 2018

REFLEKSI KULIAH KEENAM & TUTORIAL MINGGU KE-6


Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan buat pembaca blog ini.


17 Oktober 2018, Rabu – Seperti biasa kuliah HMT 411 akan diadakan pada setiap hari Rabu selama tiga jam dan telah dikuliahkan oleh Dr Norsofiah. Mengenai pembentangan proposal seperti minggu lepas tetapi kali ini Dr membincangkan proposal yang  telah kami bentang dan hantar dengan membetulkan semula apa yang perlu diperbaiki bagi proposal setiap kumpulan. Kami satu kelas telah diberi pendedahan dengan lebih terang dan terperinci mengenai cara membuat borang maklumat diri untuk responden sebagai mengenal pasti serba sedikit latar belakang dan ciri-ciri responden yang bagaimana kami mahukan dan borang keizinan yang perlu dibuat sebagai tanda persetujuan dan bukti antara pengkaji dan responden sebelum menjalankan sesuatu rakaman atau aktiviti bersama. Saya berpendapat bahawa kaedah kajian adalah antara kaedah yang utama kerana untuk mendapatkan dapatan atau hasil kajian, kaedah kajian perlu lah bersesuaian dan betul terlebih dahulu sebelum memulakan kajian.
            Setererusnya, Dr. Sofiah memaparkan sebuah iklan Thailand yang dicapai melalui Youtube https://www.youtube.com/watch?v=ddralVsWVCM dan meminta kami yang bakal menjadi seorang penyelidik nanti memerhati iklan tersebut. Kemudian, tiga nama yang bertuah telah dipilih melalui roda impian untuk menjawab pemerhatian masing-masing. Berdasarkan pemerhatian ketiga-tiga orang ini didapati setiap pemerhatian yang dilontarkan adalah berbeza-beza seperti ada yang mengatakan dia merasa empati dan merasai pengorbanan lelaki dalam iklan itu, ada juga yang mengatakan kebahagian datang tidak semestinya daripada kekayaan dan sebagainya. Dari sini saya melihat pelbagai persepsi dapat dinyatakan dari pelbagai sudut walaupun semua orang melihat benda yang sama.

18 Oktober 2018, Khamis – Tutorial berjalan seperti biasa dan kami diminta membuat laporan mengenai data yang kami masukkan pada minggu lepas. Dengan menggunakan ujian – T kami dapat melihat bahawa nilai itu signifikan atau tidak. Signifikan bermaksud bermakna dan tidak signifikan bermaksud tidak bermakna. Nilai yang dikatakan signifikan hendaklah kurang dari 0.05 dan apabila nilai itu lebih dari 0.05 bermakna nilai itu tidak signifikan. Dengan menggunakan data dua kumpulan umur (5 tahun dan 6 tahun) dengan skor tertentu, melihat pada min dan sisihan piawai mana nilai yang paling tinggi dan bandingkan kedua-dua kumpulan umur dan skor tertentu. Kemudian lihat ujian – T sama ada ia signifikan p < 0.05 atau tidak signifikan p > 0.05 . Akhir sekali, proses membuat hipotesis nul (Ho) dan hipotesis alternatif (Ha) sama ada ada perkaitan hubungan atau tidak antara kedua-dua kumpulan umur dan skor ini. Bagi saya ujian- T ini sangat penting untuk mengesahkan atau valid sesuatu nilai tersebut. Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Terima kasih untuk yang sudi membaca.



Sekian, Terima Kasih
Oleh : Azira Tarmuzi






Friday, October 12, 2018

REFLEKSI KULIAH KELIMA & TUTORIAL MINGGU KE-5


Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan buat pembaca blog ini.


10 Oktober 2018, Rabu – Kuliah pada kali ini lain daripada kuliah sebelum-sebelum ini kerana pada minggu ini kami satu kelas perlu membentangkan proposal atau cadangan kerja kepada semua di dalam kelas. Dengan pembahagian 9 kumpulan yang terdiri daripada empat orang dalam satu kumpulan saya dan rakan sekumpulan telah mencabut nombor giliran untuk menentukan siapa yang akan membentang terlebih dahulu dan kumpulan kami sangat bertuah kerana kumpulan pertama yang harus membentangkan proposal. Kami telah bersepakat untuk memilih tajuk “Masalah Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Bukan Melayu di USM Semasa Pembentangan” dan membentangkan hasil perbincangan kami dalam bentuk Power Point dan menyerahkan juga hasil proposal kami dalam bentuk salinan hard copy kepada Dr. Norsofiah dan Dr. Radiah.

            Semasa pembentangan, kami menjelaskan dan menghuraikan satu persatu mengenai kajian yang bakal kami kaji bermula dari tajuk, objektif, penyataan masalah, persoalan kajian, sorotan kajian, kaedah kajian dan teori yang kami ingin gunakan. Sorotan kajian kami telah melihat lima buah artikel yang berkaitan dengan tajuk yang kami pilih dan bakal kaji. “Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian” peribahasa yang tepat untuk kami yang baru pertama kali mencuba untuk membuat sebuah kajian. Teguran dan cadangan daripada pensyarah kami ambil untuk membaiki dan menambahbaikkan kajian yang bakal kami kaji. Dari segi tajuk kami terlalu besar dan pensyarah meminta kami untuk menskopkan lagi tajuk kami dan begitu juga dengan teori yang kami pilih terlalu besar dan kami hanya perlu mengecilkan lagi teori yang mana satu yang kami akan ambil dan guna pakai dan sesuai untuk kajian kami.




11 Oktober 2018, Khamis – Tutorial berjalan seperti biasa dan kami hanya perlu memasukkan data dalam SPSS dan data itu Dr. Norsofiah akan gunakan untuk latihan seterusnya nanti. Dr. Norsofiah mengajar kami menggunakan SPSS dengan lebih terperinci bagaimana cara untuk mendapatkan data dan memasukkan data dengan mudah. Selain itu, dari situ kami boleh melihat terus jawapan seperti min, median, sisihan piawai dan sebagainya dengan mudah. Sekian sahaja cerita saya untuk masa ini. Terima kasih kepada para pembaca yang setia dan sudi meluangkan masa membaca blog ini.



Sekian, Terima Kasih
Oleh: Azira Tarmuzi

Saturday, October 6, 2018

REFLEKSI KULIAH KEEMPAT DAN TUTORIAL MINGGU KE-4


Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan buat pembaca blog ini.

3 Oktober 2018, Rabu – Kuliah pada kali ini sedikit mencabar kerana sebelum kelas bermula Dr Sofiah telah menempilkan di Facebook beberapa soalan mengenai data kuantitatif seperti pengiraan min, median, mod, sisihan piawai dan banyak lagi. Apabila kelas bermula, dengan menggunakan soalan yang diberi tadi kami diajar semula bagaimana menggunakan kalkulator dengan membuat pengiraan yang betul dengan kaedah yang tepat. Saya berasa sedikit kelakar pada masa itu kerana setelah sekian lama meninggalkan sekolah subjek Matematik yang pada ketika dahulu saya amat meminati subjek tersebut seolah-olah seperti saya tidak pernah belajar mengenai penggiraan dek kerana lama telah meninggalkan zaman tersebut dan sudah lama tidak mengira menggunakan kalkulator. Setelah diajar oleh Dr Sofiah, lama-kelamaan saya telah mula ingat sedikit demi sedikit mengenai cara penggiraan min, mod, median dan sebagainya. Seterusnya, Dr. Sofiah ada menerangkan mengenai ciri-ciri data norminal, data ordinal, skala selang dan nisbah dan contoh setiap satu data tersebut.
            Kemudian, Dr Sofiah meminta kami secara berpasangan membuat soalan-soalan yang diberikan dan membuat analisis mengenai setiap jawapan yang kami berikan. Selepas itu, kami berbincang bersama dalam kelas mengenai jawapan setiap soalan tersebut. Selesai sahaja membuta soalan-soalan tersebut, kami untuk memasuki laman web kahoot.com untuk bermain game. Secara individu kami diarahkan untuk menjawab beberapa soalan mengenai apa yang telah dipelajari sebentar tadi bersama Dr Sofiah. Seperti biasa masa ini adalah masa yang sangat menyeronokkan kerana setiap orang pasti suka bermain termasuk saya.

4 Oktober 2018, Khamis – Seperti minggu-minggu sebelum ini, waktu tutorial kami adalah sehari selepas kuliah iaitu pada hari Khamis pada pukul 11 pagi sehingga 12 tengah hari. Dan seperti minggu sebelum ini juga kami telah diminta untuk memasuki laman web socrative.com dan diminta untuk membuat quiz secara sendiri-sendiri. Soalan yang diberikan mengenai lakuan bahasa. Dengan menggunakan contoh pernyataan dalam Facebook sendiri kami diminta untuk menyalin dan menampal pernyataan tersebut sebagai jawapan kepada soalan yang diberikan. Antara soalannya termasuklah apakah itu lokusyenari, ilokusyenari dan perlokusyenari dan banyak lagi tantang lakuan bahasa. Kemuadian, kami membincangkan jawapan bersama-sama dengan menggunakan roda ajaib yang setiap nama ada di dalamnya dan saya merupakan antara manusia yang bertuah untuk menjawab soalan yang pertama. Selesai tutorial, saya dapat menyimpulkan bahawa saya semakin faham mengenai lakuan bahasa, dan apa yang soalan inginkan. Sekian sahaja coretan saya untuk kali ini.




Sekian, terima kasih,
Oleh : Azira Tarmuzi

Thursday, September 27, 2018

REFLEKSI KULIAH TIGA DAN TUTORIAL MINGGU KE - 3

Assalamualaikum wbt. dan salam perpaduan. 


26 September 2018, Rabu – Bermula dari 9 pagi sehingga 3 petang saya dan rakan-rakan telah menghadiri kuliah dan hanya dalam satu jam untuk kami berehat. Hari yang sangat padat dan mencabar mental dan fizikal kami adalah pada setiap hari Rabu. Sebelum berlangsungnnya kuliah Dr. Sofiah ada memberi beberapa tugasan iaitu pertama dalam pasangan dalam satu kumpulan kami dikehendaki membuat infograpik mengenai kajian data kuantitatif daripada empat sumber bahasa Inggeris yang berbeza dari laman sesawang Youtube. Kedua, kami diberi empat buah artikel yang masing-masing bertajuk Dialek Negeri Sembilan dan Dialek Minangkabau, Variasi Dialek Pahang: Keterpisahan Berasakan Jaringan Sungai, Variasi Kata Ganti Nama Dialek di Pesisir Sungai Perak: Analisis Geographical Information System (GIS) dan Penyebaran Dialek Patani Di Perak: Analisis Geolinguistik seterusnya diminta untuk membacanya terlebih dahulu sebelum kuliah ketiga berlangsung.

            Kuliah ketiga kami telah diberi penerangan mengenai cara bagaimana membuat kajian lepas atau literature review. Kajian lepas ialah pengkaji melihat semula artikel-artikel atau kajian-kajian pengkaji terdahulu sebelum memulakan kajian baharu. Beberapa aspek perlu dibuat sebelum memulakan kajian iaitu i) tajuk, ii) kaedah, iii) objektif kajian dan iv) dapatan kajian. Kesemua ini perlu dibuat terlebih dahulu sebelum menghasilkan kajian dan sebelum pengkaji dapat ‘research gap’ setelah selesainya kajian.

            Seterusnya, kami dipecahkan dalam beberapa kumpulan dan saya kumpulan 5 bersama lagi empat orang rakan diminta untuk membuat kajian lepas tentang empat artikel yang diminta oleh Dr. Sofiah membacannya terlebih dahulu sebelum kuliah bermula. Setelah empat aspek telah dilaksanakan kami sebagai pengkaji baru perlu melihat lagi 7 aspek dalam setiap empat artikel tersebut iaitu:

1)    Nama pengarang
2)    Tahun
3)    Objektif kajian
4)    Kaedah atau method
5)    Dapatan
6)    Kelebihan
7)    Kekurangan

Kemudian, kami dipecahkan lagi dalam kumpulan yang baru menngunakan quizlet.com untuk tugasan yang baru dan mencabar untuk dipersembahkan pada minggu ke-5 akan datang.

27 September 2018, Khamis – Tutorial pertama bermula di makmal komputer c20 tepat jam 11 pagi. Kami diminta untuk membuka komputer dan masuk ke dalam satu permainan atau game puzzle dari edmodo.com. Soalan-soalan yang diberikan berbalik kepada kajian penyelidikan  kuantitatif yang diajar di dalam kualiah sebelumnya. Apa itu ekperimental benar ? Apa perbezaan ‘ pre & post ‘ ? Kuasi eksperimen dan ekperimen ? dan beberapa soalan lagi. Kami telah menjawab dan bincang bersama Dr. Sofiah jawapan yang betul dan salah. Sebagai contoh, semua kuantitatif ada hipotesis manakala kualitatif tidak ada hipotesis. Saya kira tutorial agak santai dan menarik untuk kami semua mendapat semangat semula.

Sekian sahaja cerita saya pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan semoga sedikit perkongsian dapat digunakan kelak.




Terima kasih
Oleh : Azira Tarmuzi 

INFOGRAFIK ARTIKEL "HARTA SEPENCARIAN : MODEL DARIPADA ADAT PERPATIH NEGERI SEMBILAN" Karya NISAH HARON


Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera buat semua pembaca blog ini.

Jika entri sebelum ini mengenai cerpen tetapi kali ini agak berbeza sedikit kerana saya akan mengupas elemen-elemen yang terdapat dalam sebuah artikel yang bertajuk “Harta Sepencarian : Model Daripada Adat Perpatih Negeri Sembilan” karya Nisah Haron.

            Artikel yang saya pilih menarik bagi saya iaitu mengenai harta pencarian adat perpatih Negeri Sembilan. Hal ini demikian kerana saya berasal dari Negeri Sembilan dan walaupun saya tidak pernah berkahwin lagi tetapi artikel ini serba sedikit telah membuka mata dan membantu saya memahami cara dan undang-undang ke atas para pencerai khususnya bagi perempuan Negeri Sembilan yang penuh dengan adat perpatih dan undang-undang yang perlu dipatuhi.

            Saya yakin bagi yang membaca artikel ini dengan berlapang dada lagi-lagi yang berkaitan dengan hidupnya boleh memahami dengan mudah dan menambah serba sedikit ilmu pengetahuan yang sedia ada untuk masa akan datang dan persediaan bagi mengatasi masalah atau pertanyaan mengenai harta sepencarian.

            Infografik di bawah ringkasan mengenai elemen-elemen yang terdapat dalam artikel “Harta Sepencarian : Model Daripada Adat Perpatih Negeri Sembilan” karya Nisah Haron :



Terima kasih
Oleh : Azira Tarmuzi

INFOGRAFIK CERPEN "LEMANG NAN SEBATANG" KARYA NISAH HARON



Entri kali agak berbeza sedikit dengan entri sebelum ini kerana saya akan mengupas elemen-elemen yang terdapat dalam sebuah cerpen yang bertajuk “Lemang Nan Sebatang” karya Nisah Haron.




            Sinopsis cerpen “Lemang Nan Sebatang” yang boleh saya ulaskan adalah cerpen ini menceritakan tentang kekeluargaan. Selain itu, unsur ukhwah dan konflik sebuah keluarga yang sangat berpegang teguh dengan adat dari Negeri Sembilan yang sememangnya negeri yang terkenal dengan adat dan harta pusaka yang bakal diwarisi oleh golongan wanita. Seterusnya, lemag merupakan makanan yang sangat popular dalam kalangan Negeri Sembilan sama ada pada musim perayaan ataupun tidak lemang akan tetap dijual di tepi jalan di daerah-daerah dalam Negeri Sembilan. Cerita yang mengisahkan Busu merupakan ibu saudara bongsu kepada Angah adalah sangat akrab dalam keluarga tersebut. Mereka sentiasa berkongsi cerita dan mengusahakan tanah kampung bersama-sama sehingga mengeluarkan hasil termasuklah sering membakar lemang bersama. Akan tetapi semua itu telah berubah selepas 10 tahun apabila Angah enggan pulang ke kampung kerana merajuk dengan Busu disebabkan tanah yang merupakan harta pusaka yang sememangnya Busu tidak bersalah jika mengikut adat Negeri Sembilan. Angah seperti tidak dapat menerima kenyataan kerana yang lebih banyak mengusahakan tanah kampung itu adalah dia tetapi orang lain yang dapat kerana Angah seorang lelaki dan harta pusakan hendaklah diturunkan pada nasab sebelah perempuan sahaja sekiranya ibu saudaranya tidak  berkahwin dan tidak mempunyai anak perempuan secara automatiknya harta pusaka akan turun kepada anak saudara perempuan sebelah adik beradik perempuan. Dan pada pengakhirannya baru Angah sedar akan kesilapan dirinya sendiri dan balik ke kampung dengan penuh kesedaran.  




Terima kasih

Oleh : Azira Tarmuzi

Monday, September 24, 2018

REFLEKSI KULIAH KEDUA HMT 411


Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera buat pembaca yang sudi menyinggah ke blog ini.

Hari ini saya ingin menceritakan kuliah kedua kursus HMT 411 yang dikendalikan oleh Dr. Sofiah pada 19 September 2018. Tajuknya cukup ringkas tetapi padat dengan input yang diberikan oleh pensyarah kami iaitu “Apakah itu penyelidikan ?”. Penyelidikan adalah tentang lima persoalan iaitu kenapa (why), siapa (who), di mana (where), bagaimana (how) dan bila (when). Kenapa perlunya penyelidikan kerana dengan adanya peyelidikan dapat membuktikan sesuatu yang benar ataupun sebaliknya. Sebelum itu Dr. Sofiah ada menanyakan mengapa perlunya penyelidikan menggunakan aplikasi mentimeter.com dengan memberi jawapan dalam satu perkataan sahaja. Tambahan lagi, kalua sesuatu itu tidak dibuktikan atau disalahkan itu bukanlah ilmu. Penyelidikan juga akan turut menjawab persoalan dan cari ketidakpastian penyelidik tentang sesuatu perkara. Satu penyelidikan dijalankan untuk menjawab satu persoalan dengan membuat penyelidikan secara sainstifik.

Seterusnya, Dr.Sofiah ada menceritakan serba sedikit mengenai virus MMR (Measles, Mumps, dan Rubella) yang beliau sendiri tidak setuju untuk mengambil virus tersebut untuk anak-anaknya kerana pengalaman mematangkan diri dan membuatkan beliau lebih berhati-hati tentang ubat dan sebarang suntikan dari hospital. Saya sangat tertarik dengan cerita dan pengalaman beliau membuatkan saya untuk lebih berjaga-jaga dan membuat penyelidikan terlebih dahulu mengenai sesuatu perkara lebih-lebih lagi yang melibatkan diri kita dan tidak sentiasa menerima apa-apa sahaja yang disarankan oleh sesebuah pihak tanpa membuat penyelidikan terperinci. Selain itu, penerangan mengenai jawapan daripada ketidakpastian adalah seperti sumber pengetahuan yang sah dan boleh dipercayai, alat untuk buktikan masalah timbul, alat ramalan, alat untuk betulkan sterotaip,tradisi dan kepercayaan dan alat penerasan. Penerangan mengenai perbezaan kuantitatif dan kualitatif juga telah disebut di dalam kelas dengan lebih padat dan terperinci lagi.

Akhir sekali, aktiviti secara berkumpulan telah diberikan oleh Dr. Sofiah pada akhir kelas. Dengan perlu mencari 7 persoalan yang terdapat dalam sebuah artikel yang telah dimuat turun pada Facebook dan Telegram oleh Dr. Sofiah yang bertajuk “Lakuan Ilokusi Guru dalam Pengajaran Bahasa Melayu” oleh Zuhair Zainal. Antara 7 persoalan yang perlu dicari termasuklah i) penyataan masalah, ii) rumusan daripada sorotan kajian, iii) kaedah kajian atau metodologi, iv) dapatan kajian, v) kesimpulan, vi) teori, dan vii) objektif.

Secara keseluruhannya, kuliah hari kedua ini sangat menarik dengan pelbagai informasi yang baru dan lebih santai untuk semua pelajar menerimanya. Sekian sahaja untuk entri kali ini, terima kasih kerana sudi membaca.



Terima kasih

Oleh : Azira Tarmuzi

Tuesday, September 18, 2018

ENTRI 4- BENGKEL PENULISAN DAN PENYUNTINGAN HARI KEDUA

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

16 September 2018, Ahad- Bengkel untuk hari kedua telah berlangsung bermula 9 pagi. Pembelajaran hari ini telah dikendalikan oleh Dr. Radiah. Pada awal bengkal, Dr Odi ada menyebut serba sedikit mengenai resume yang mana kita perlu menggunakan email yang melambangkan nama sebenar dan menggunakan gambar yang professional. Tambahan lagi, tidak digalakkan make up yang tebal dan paling penting tandatangan jangan lupa. Pelbagai input telah diberikan termasuk penulisan dan penyuntingan yang mana sebagai pelajar kita hendaklah lebih kreatif dan tidak perlu takut untuk mencuba. Dr. menyarankan bahawa kami sebagai pelajar HMT411 dan mahasiswa USM untuk menerokai segala macam kemudahan yang terdapat di internet seperti Google Site, Mahara, Joomla, Blog, WordPress dan seangkatan dengannya. Kami diminta untuk membuat Google Site dan perlu mengedit Google Site dan menceritakan serba sedikit tentangdiri kami kemudian perlu dipublishkan. Semua yang ada sangat berguna untuk kami baik pada masa sekarang untuk menyiapkan tugasan daripada pensyarah mahupun akan datang dalam alam pekerjaan. Laman web seperti ini sangat membantu kami serba sedikit untuk kami menonjolkan dan melacurkan diri dalam bidang yang kami ceburi supaya Nampak lebih menarik dan kreatif. Dr. Odi juga ada memesan supaya kami selalu melihat contoh daripada Prof. Abdul Karim di Youtube sebagai rujukan utama. Dengan melihat juga contoh-contoh instafamous yang lain, bagaimana mereka bermula dari bawah hingga ke peringkat yang lebih membanggakan. Itu sahaja untuk hari ini. 











Terima kasih.

Oleh : Azira Tarmuzi

ENTRI 3 - REFLEKSI BENGKEL PENULISAN & PENYUNTINGAN HARI PERTAMA

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

15 September 2018, Sabtu - Bengkel Penulisan dan Penyuntingan yang telah berlangsung selama dua hari bermula 15 hingga 16 September 2018. Penyampaian yang mantap telah diberikan oleh pensyarah khusus HMT411 ini juga iaitu Dr. Sofiah dan Dr. Radiah. Pada hari pertama penyampaian penuh tentang Teknik penulisan efisyen Madeley dan MsWord telah disampaikan secara rapi oleh Dr. Sofiah. Menurut beliau, penulisan ilmiah merupakan satu kemahiran yang penting yang perlu dikuasai oleh semua pelajar yang terlibat dalam penyelidikan. Selain itu, literature search atau kata lain literature review berfungsi mencari apa-apa perkataan dan akan keluar jurnal yang terbaik. Aplikasi Madeley ini sangat membantu para pelajar dalam membuat tesis, penulisan ilmiah, kerja kursus dan seangkatan dengannya dengan lebih cepat, mudah dan efisyen. Apabila pelajar sudah menginstall aplikasi Madeley ini secara tidak langsung pelajar boleh menggunakannya dengan mengadjust stail tulisan pada home dan mengedit setiap stail tulisan seperti heading 1 sehingga heading 6 dan banyak lagi mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan diberikan oleh Dr. Sofiah.

            Setelah siap melaksanakan pengeditan pada stail tulisan tersebut, dengan bangganya kami boleh menggunakan pelbagai jenis stail tulisan dengan hanya menekan sahaja pada butang di atas jika ingin menaip tajuk, sub-tajuk dan lain-lain. Seterusnya, aplikasi Madeley ini juga memudahkan pelajar mencari artikel, jurnal, buku yang terbaik dalam kalangan yang terbaik untuk dijadikan rujukan dengan hanya menaip sahaja tajuk yang ingin dibincangkan dan kemudian akan keluarlah senarai tajuk yang dipinta. Saya kira dalam masa tidak kurang dari 7 jam saya dalam bengkel itu saya telah mendapat pelbagai maklumat dah input yang menarik yang boleh digunakan pada masa akan datang walaupun banyak yang saya tertinggal kerana disebabkan MsWord komputer yang kurang memuaskan dan saya perlu membuat kerja lebih kerana MsWord lama. Sekian sahaja cerita saya pada kali ini. 





Seorang yang merangkak.

Terima kasih.

Oleh : Azira Tarmuzi 

ANEKDOT PENGALAMAN MENGIKUTI KURSUS HMT 411

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada ahli keluarga HMT 411 yang saya muliakan, Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan....