Assalamualaikum
wbt dan salam sejahtera kepada ahli keluarga HMT 411 yang saya muliakan,
Setiap
pertemuan pasti akan ada perpisahan. Di kesempatan ini ingin saya berkongsi
serba sedikit pengalaman saya sepanjang mengikuti kursus HMT411 yang
dikendalikan oleh Dr. Radiah dan Dr. Norsofiah. Sebut sahaja nama Dr. Odi siapa
tidak kenal dengan keadvancean beliau
yang sangat jauh ke depan dan terkenal dengan memberi tugasan yang terkejut
lagi mengejut seperti membuat video dengan pelbagai tema. Saya akui tidak
begitu update mengenai aplikasi yang
canggih dan berguna di media sosial kerana saya merasa bahawa saya tidak
kreatif untuk mempunyai dan menggunakan aplikasi-aplikasi yang serba canggih
pada zaman moden ini. Tetapi apabila Dr. Odi memberi tugasan dengan mengarahkan
kami menggunakan Canva bagi membuat infografik saya sangat menyukainya dan kena
dengan jiwa saya. Hahaha. Seperti rakan-rakan yang lain, apabila kami mendapat
tugasan demi tugasan dan tugasan tambahan dalam suatu masa saya berasa sangat
tertekan pada mulanya tetapi akhirnya saya mula menyedari bahawa setiap tugasan
yang diberikan adalah sangat membantu saya dan rakan-rakan yang lain bagi
melakukan kajian dan memudahkan kami jika kami ingin menyambung pengajian ke
peringkat Master dan PhD seterusnya dan mengaplikasikan apa yang kami belajar
semasa dalam kuliah pada masa akan datang setelah tamat pengajian di USM ini. terlalu banyak pengalaman manis yang kami lalui bersama sepanjang akhir semester ini seperti kami pergi mengikuti program yang melibatkan kerjasama USM ke Universiti Thaksin, Thailand. Sambil menyelam minum air. Sudah alang-alang ke negara orang kami mengambil kesempatan untuk melihat budaya mereka di sana. Selain itu, saya juga mengikuti junior dari HMT 213 ke Taiping, Perak bagi melihat tasik Taiping dikerap diceritakan oleh Dr. Odi dahulu kerana beliau berasal dari sana. bagi saya jauh perjalanan luas pemandangan yang kita boleh dapat dan nikmati.
Keluarga kecil ku di Hatyai, Thailand.
Keluarga kecil ku di Hatyai, Thailand.
Seterusnya, pengalaman yang paling
saya tidak dapat dan tidak akan saya lupakan adalah semasa membuat proposal. Pada
mulanya perjalanan kami dipermudahkan kerana kami antara kumpulan yang awal
berjumpa dengan subjek, membuat rappo dan seterusnya mendapatkan maklumat yang
kami inginkan untuk kajian kami. Kami sering berjumpa dengan Dr. Norsofiah dan
Dr. Odi untuk menunjukkan perkembangan kumpulan kami. Setiap kali perjumpaan
kami akan memperoleh ilmu baru dan membaiki proposal kami. Akan tetapi sebelum
pembentangan pada 21 Disember 2018 (Jumaat) kami telah bercadang untuk berjumpa
Dr. Norsofiah dan Dr. Odi untuk menunjukkan hasil kajian kami untuk kali
terakhir. Dengan berasa sangat down dan sedih kami dikehendaki mengubah
objektif dan seterusnya dapatan juga perlu diubah secara keseluruhannya. Pada mulanya
pelbagai rasa yang datang, sedih, tertekan, putus asa dan bercampur aduk tetapi
kami telah nekad untuk cuba menyiapkan mana yang kami mampu untuk ditunjukkan
pada keesokkan harinya pada waktu kuliah. Kami satu kumpulan telah berkampung
di surau desasiswa Tekun dan menelaah buku Nahu Melayu Mutahir, Asmah Haji Omar
2009 bersama-sama. Kami bergilir-gilir tidur setengah jam untuk setiap orang
apabila mata sudah tidak beri kerjasama. Pada masa itu, saya lebih mengenali
ahli kumpulan saya yang mungkin rakan-rakan lain tidak pernah tahu akan sikap
mereka. Apa yang boleh saya katakan adalah saya bersyukur mempunyai ahli
kumpulan yang saling memainkan peranan masing-masing seperti yang boleh menenangkan,
yang sangat positif, yang boleh membuatkan semua berfikir, yang boleh melupakan
tekanan besar yang kami hadapi seketika dan banyak lagi.
Keluarga kecil ku di USM
Pada
hari pembentangan, walaupun terdapat beberapa kesalahan yang kami lakukan pada
sesi pembentangan, tetapi saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dalam
masa dua hari untuk mengubah segala dapatan adalah benda yang sangat mustahil
dan sukar. Tetapi bagi saya kami satu kumpulan telah melakukan yang terbaik dan
dengan tolak ansur pensyarah yang membenarkan kami membetulkan kajian bertulis
adalah sangat membantu. Kami akui tajuk yang kami buat sebagai kajian adalah
agak sukar kerana melibatkan sintaksis iaitu seluruh ayat dan rajah pohon yang
banyak mengelirukan kerana kami hanya perlu melihat pada teori Asmah Haji Omar
2009 sahaja. Jadi suka atau tidak kami perlu menelaah buku Nahu Melayu Mutahir
(AHO 2009). Dengan istilah yang sangat berbeza yang digunakan oleh AHO
membuatkan kami sukar dan banyak berlaku kekeliruan antara kami ahli kumpulan. Selain
itu, kami rujuk juga pada beberapa orang rakan yang lebih arif tentang
sintaksis dan juga pensyarah bagi melihat rajah pohon yang sebetulnya. Namun
begitu, saya berasa kurusus HMT411 ini sangat menarik dan akan menjadi satu
kenangan yang paling indah yang bakal saya rindui nanti.
Akhir kata maafkan salah silap dan ketelanjuran saya apabila berbicara sama ada sedar ataupun separuh sedar. Semoga semua ahli keluarga HMT411 berjaya pada hari-hari mendatang di dunia dan juga akhirat. Kalian adalah sahabat, bonda dan juga merangkap keluarga kecil
saya di USM ini. Terima kasih untuk segalanya.
Bonda-bonda kami: Dr. Odi dan Dr. Norsofiah
' Kalau
ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang
panjang boleh kita berjumpa lagi '
Sekian, Terima Kasih
Oleh :
Azira Tarmuzi
No comments:
Post a Comment