Assalamualaikum
wbt. dan salam sejahtera buat pembaca yang sudi menyinggah ke blog ini.
Hari
ini saya ingin menceritakan kuliah kedua kursus HMT 411 yang dikendalikan oleh
Dr. Sofiah pada 19 September 2018. Tajuknya cukup ringkas tetapi padat dengan
input yang diberikan oleh pensyarah kami iaitu “Apakah itu penyelidikan ?”. Penyelidikan
adalah tentang lima persoalan iaitu kenapa (why),
siapa (who), di mana (where), bagaimana (how) dan bila (when). Kenapa
perlunya penyelidikan kerana dengan adanya peyelidikan dapat membuktikan
sesuatu yang benar ataupun sebaliknya. Sebelum itu Dr. Sofiah ada menanyakan
mengapa perlunya penyelidikan menggunakan aplikasi mentimeter.com dengan memberi jawapan dalam satu
perkataan sahaja. Tambahan lagi, kalua sesuatu itu tidak dibuktikan atau
disalahkan itu bukanlah ilmu. Penyelidikan juga akan turut menjawab persoalan
dan cari ketidakpastian penyelidik tentang sesuatu perkara. Satu penyelidikan
dijalankan untuk menjawab satu persoalan dengan membuat penyelidikan secara
sainstifik.
Seterusnya, Dr.Sofiah ada menceritakan
serba sedikit mengenai virus MMR (Measles, Mumps, dan Rubella) yang beliau
sendiri tidak setuju untuk mengambil virus tersebut untuk anak-anaknya kerana
pengalaman mematangkan diri dan membuatkan beliau lebih berhati-hati tentang
ubat dan sebarang suntikan dari hospital. Saya sangat tertarik dengan cerita
dan pengalaman beliau membuatkan saya untuk lebih berjaga-jaga dan membuat
penyelidikan terlebih dahulu mengenai sesuatu perkara lebih-lebih lagi yang
melibatkan diri kita dan tidak sentiasa menerima apa-apa sahaja yang disarankan
oleh sesebuah pihak tanpa membuat penyelidikan terperinci. Selain itu, penerangan
mengenai jawapan daripada ketidakpastian adalah seperti sumber pengetahuan yang
sah dan boleh dipercayai, alat untuk buktikan masalah timbul, alat ramalan,
alat untuk betulkan sterotaip,tradisi dan kepercayaan dan alat penerasan. Penerangan
mengenai perbezaan kuantitatif dan kualitatif juga telah disebut di dalam kelas
dengan lebih padat dan terperinci lagi.
Akhir sekali, aktiviti secara berkumpulan
telah diberikan oleh Dr. Sofiah pada akhir kelas. Dengan perlu mencari 7
persoalan yang terdapat dalam sebuah artikel yang telah dimuat turun pada Facebook dan Telegram oleh Dr. Sofiah yang bertajuk “Lakuan Ilokusi Guru dalam
Pengajaran Bahasa Melayu” oleh Zuhair Zainal. Antara 7 persoalan yang perlu dicari
termasuklah i) penyataan masalah, ii) rumusan daripada sorotan kajian, iii)
kaedah kajian atau metodologi, iv) dapatan kajian, v) kesimpulan, vi) teori,
dan vii) objektif.
Secara
keseluruhannya, kuliah hari kedua ini sangat menarik dengan pelbagai informasi
yang baru dan lebih santai untuk semua pelajar menerimanya. Sekian sahaja untuk
entri kali ini, terima kasih kerana sudi membaca.
Terima kasih
Oleh : Azira Tarmuzi
No comments:
Post a Comment