Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan buat pembaca blog ini.
10 Oktober 2018, Rabu – Kuliah pada kali ini lain daripada kuliah
sebelum-sebelum ini kerana pada minggu ini kami satu kelas perlu membentangkan
proposal atau cadangan kerja kepada semua di dalam kelas. Dengan pembahagian 9
kumpulan yang terdiri daripada empat orang dalam satu kumpulan saya dan rakan
sekumpulan telah mencabut nombor giliran untuk menentukan siapa yang akan
membentang terlebih dahulu dan kumpulan kami sangat bertuah kerana kumpulan pertama
yang harus membentangkan proposal. Kami telah bersepakat untuk memilih tajuk “Masalah
Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Bukan Melayu di USM Semasa
Pembentangan” dan membentangkan hasil perbincangan kami dalam bentuk Power Point dan menyerahkan juga hasil
proposal kami dalam bentuk salinan hard
copy kepada Dr. Norsofiah dan Dr. Radiah.
Semasa pembentangan,
kami menjelaskan dan menghuraikan satu persatu mengenai kajian yang bakal kami
kaji bermula dari tajuk, objektif, penyataan masalah, persoalan kajian, sorotan
kajian, kaedah kajian dan teori yang kami ingin gunakan. Sorotan kajian kami
telah melihat lima buah artikel yang berkaitan dengan tajuk yang kami pilih dan
bakal kaji. “Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian” peribahasa yang
tepat untuk kami yang baru pertama kali mencuba untuk membuat sebuah kajian.
Teguran dan cadangan daripada pensyarah kami ambil untuk membaiki dan
menambahbaikkan kajian yang bakal kami kaji. Dari segi tajuk kami terlalu besar
dan pensyarah meminta kami untuk menskopkan lagi tajuk kami dan begitu juga
dengan teori yang kami pilih terlalu besar dan kami hanya perlu mengecilkan
lagi teori yang mana satu yang kami akan ambil dan guna pakai dan sesuai untuk
kajian kami.
11 Oktober 2018, Khamis – Tutorial berjalan seperti biasa dan kami
hanya perlu memasukkan data dalam SPSS dan data itu Dr. Norsofiah akan gunakan
untuk latihan seterusnya nanti. Dr. Norsofiah mengajar kami menggunakan SPSS
dengan lebih terperinci bagaimana cara untuk mendapatkan data dan memasukkan
data dengan mudah. Selain itu, dari situ kami boleh melihat terus jawapan
seperti min, median, sisihan piawai dan sebagainya dengan mudah. Sekian sahaja cerita saya untuk masa ini. Terima kasih kepada para
pembaca yang setia dan sudi meluangkan masa membaca blog ini.
Sekian, Terima Kasih
Oleh: Azira Tarmuzi
No comments:
Post a Comment