Assalamualaikum wbt. dan salam perpaduan.
26 September 2018, Rabu – Bermula dari 9 pagi sehingga 3 petang
saya dan rakan-rakan telah menghadiri kuliah dan hanya dalam satu jam untuk
kami berehat. Hari yang sangat padat dan mencabar mental dan fizikal kami
adalah pada setiap hari Rabu. Sebelum berlangsungnnya kuliah Dr. Sofiah ada memberi
beberapa tugasan iaitu pertama dalam pasangan dalam satu kumpulan kami dikehendaki
membuat infograpik mengenai kajian data kuantitatif daripada empat sumber bahasa
Inggeris yang berbeza dari laman sesawang Youtube.
Kedua, kami diberi empat buah artikel yang masing-masing bertajuk Dialek Negeri
Sembilan dan Dialek Minangkabau, Variasi Dialek Pahang: Keterpisahan Berasakan
Jaringan Sungai, Variasi Kata Ganti Nama Dialek di Pesisir Sungai Perak: Analisis
Geographical Information System (GIS)
dan Penyebaran Dialek Patani Di Perak: Analisis Geolinguistik seterusnya diminta
untuk membacanya terlebih dahulu sebelum kuliah ketiga berlangsung.
Kuliah ketiga kami telah diberi penerangan
mengenai cara bagaimana membuat kajian lepas atau literature review. Kajian lepas ialah pengkaji melihat semula
artikel-artikel atau kajian-kajian pengkaji terdahulu sebelum memulakan kajian
baharu. Beberapa aspek perlu dibuat sebelum memulakan kajian iaitu i) tajuk,
ii) kaedah, iii) objektif kajian dan iv) dapatan kajian. Kesemua ini perlu
dibuat terlebih dahulu sebelum menghasilkan kajian dan sebelum pengkaji dapat ‘research gap’ setelah selesainya kajian.
Seterusnya, kami dipecahkan dalam
beberapa kumpulan dan saya kumpulan 5 bersama lagi empat orang rakan diminta
untuk membuat kajian lepas tentang empat artikel yang diminta oleh Dr. Sofiah
membacannya terlebih dahulu sebelum kuliah bermula. Setelah empat aspek telah
dilaksanakan kami sebagai pengkaji baru perlu melihat lagi 7 aspek dalam setiap
empat artikel tersebut iaitu:
1)
Nama pengarang
2)
Tahun
3)
Objektif kajian
4)
Kaedah atau method
5)
Dapatan
6)
Kelebihan
7)
Kekurangan
Kemudian, kami dipecahkan lagi dalam kumpulan yang baru menngunakan
quizlet.com untuk tugasan yang baru dan mencabar untuk dipersembahkan pada
minggu ke-5 akan datang.
27 September 2018,
Khamis – Tutorial pertama bermula di makmal komputer c20 tepat jam 11 pagi.
Kami diminta untuk membuka komputer dan masuk ke dalam satu permainan atau game puzzle dari edmodo.com. Soalan-soalan
yang diberikan berbalik kepada kajian penyelidikan kuantitatif yang diajar di dalam kualiah
sebelumnya. Apa itu ekperimental benar ? Apa perbezaan ‘ pre & post ‘ ?
Kuasi eksperimen dan ekperimen ? dan beberapa soalan lagi. Kami telah menjawab dan
bincang bersama Dr. Sofiah jawapan yang betul dan salah. Sebagai contoh, semua
kuantitatif ada hipotesis manakala kualitatif tidak ada hipotesis. Saya kira
tutorial agak santai dan menarik untuk kami semua mendapat semangat semula.
Sekian sahaja cerita saya pada
kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan semoga sedikit perkongsian dapat
digunakan kelak.
Terima kasih
Oleh : Azira Tarmuzi
No comments:
Post a Comment