Monday, October 29, 2018

REFLEKSI MINGGU KE- 7


Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan buat pembaca blog ini.

23 Oktober 2018, Selasa – Minggu konvokesyen Universiti Sains Malaysia telah bermula. Maka bermula lah tugasan yang dinanti-nantikan iaitu menemu bual graduan PhD di USM ini. Oleh sebab pada para graduan PhD terlibat dalam konvokesyen pada hari Selasa sahaja maka kami pun memulakan pencariaan mangsa yang bertuah untuk kami temu bual pada pukul 1 petang. Dalam kumpulan proposal yang sama kami telah menemui seorang lelaki Cina yang baru sahaja keluar daripada dewan dan kami menjalankan sedikit rappo bersama beliau dengan berbual kosong terlebih dahulu untuk mendapatkan hubungan yang mesra dan supaya tidak terlalu kekok apabila temu bual berlangsung. Nama insan yang berjaya menamatkan PhD ini ialah Yeap Kim Huat berasal dari Perak dan mempunyai sebuah keluarga bahagia. Beliau seorang yang sangat profesioanl dan sangat memberi kerjasama bersama kami. Kami mengajukan beberapa soalan kepada beliau seperti latar belakang beliau, mengenai kajian thesis beliau, cabaran yang dihadapi, dorongan dan sebagainya. Rakaman beliau boleh dilihat melalui link Youtube ini,  https://www.youtube.com/watch?v=ORBffGPk2MY&feature=youtu.be. Berdasarkan jawapan beliau, kami dapat simpulkan bukan mudah untuk berjaya dan ilmu adalah sangat penting dan perlu dicari sampai liang lahad. Kami mendapat inspirasi baru dan semangat baru daripada beliau untuk meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya. In Shaa Allah jika dengan izinNya.

Dr. Yeap Kim Huat bersama keluarga


24 Oktober 2018, Rabu – Kuliah dibatalkan. Akan tetapi Dr Sofiah telah memberi awal-awal lagi tugasan untuk kami isi semasa kuliah dibatalkan iaitu menerangkan ujian One Way ANOVA dengan menggunakan aplikasi screencas. Dalam penerangan, kami diminta untuk menerangkan;(i) hipotesis kajian, (ii) syarat ujian ANOVA, (iii) cara ujian ANOVA dijalankan. Dalam kumpulan proposal yang sama juga kamu berempat bersilat melakukan aktiviti ini di dalam bilik perbincangan Perpustakaan Hamzah Sendut 1 selama hampir 6 jam. Untuk melihat hasil kajian ANOVA kami boleh dilihat pada link di Youtube, https://www.youtube.com/watch?v=b3OQ3tCWHaI&feature=youtu.be. Bagi saya aktiviti sangat menarik tetapi sangat memerlukan kesabaran dan ketelitian yang lebih kerana sekali tersilap apabila merakam kami perlu mengulang semula untuk merakam rakaman yang baru. Jelas dapat disimpulkan bahawa ujian ANOVA dan ujian t- test adalah benda yang berbeza kerana ujian ANOVA boleh dilakukan lebih daripada dua pemboleh ubah dalam masa yang sama berbanding ujian t- test yang hanya fokus pada satu pemboleh ubah sahaja. Ini sahaja coretan saya untuk kali ini. Terima kasih kepada yang sudi membaca.

Sekian, Terima Kasih
Oleh : Azira Tarmuzi


No comments:

Post a Comment

ANEKDOT PENGALAMAN MENGIKUTI KURSUS HMT 411

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada ahli keluarga HMT 411 yang saya muliakan, Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan....