Assalamualaikum
wbt dan salam perpaduan buat pembaca blog ini.
17
Oktober 2018, Rabu – Seperti biasa kuliah HMT 411 akan diadakan pada setiap
hari Rabu selama tiga jam dan telah dikuliahkan oleh Dr Norsofiah. Mengenai
pembentangan proposal seperti minggu lepas tetapi kali ini Dr membincangkan
proposal yang telah kami bentang dan
hantar dengan membetulkan semula apa yang perlu diperbaiki bagi proposal setiap
kumpulan. Kami satu kelas telah diberi pendedahan dengan lebih terang dan
terperinci mengenai cara membuat borang maklumat diri untuk responden sebagai
mengenal pasti serba sedikit latar belakang dan ciri-ciri responden yang
bagaimana kami mahukan dan borang keizinan yang perlu dibuat sebagai tanda
persetujuan dan bukti antara pengkaji dan responden sebelum menjalankan sesuatu
rakaman atau aktiviti bersama. Saya berpendapat bahawa kaedah kajian adalah antara
kaedah yang utama kerana untuk mendapatkan dapatan atau hasil kajian, kaedah
kajian perlu lah bersesuaian dan betul terlebih dahulu sebelum memulakan
kajian.
Setererusnya, Dr. Sofiah memaparkan
sebuah iklan Thailand yang dicapai melalui Youtube
https://www.youtube.com/watch?v=ddralVsWVCM
dan meminta kami yang bakal menjadi seorang penyelidik nanti memerhati iklan
tersebut. Kemudian, tiga nama yang bertuah telah dipilih melalui roda impian
untuk menjawab pemerhatian masing-masing. Berdasarkan pemerhatian ketiga-tiga
orang ini didapati setiap pemerhatian yang dilontarkan adalah berbeza-beza
seperti ada yang mengatakan dia merasa empati dan merasai pengorbanan lelaki
dalam iklan itu, ada juga yang mengatakan kebahagian datang tidak semestinya
daripada kekayaan dan sebagainya. Dari sini saya melihat pelbagai persepsi
dapat dinyatakan dari pelbagai sudut walaupun semua orang melihat benda yang
sama.
18 Oktober 2018, Khamis – Tutorial berjalan seperti biasa dan kami diminta
membuat laporan mengenai data yang kami masukkan pada minggu lepas. Dengan menggunakan
ujian – T kami dapat melihat bahawa nilai itu signifikan atau tidak. Signifikan
bermaksud bermakna dan tidak signifikan bermaksud tidak bermakna. Nilai yang
dikatakan signifikan hendaklah kurang dari 0.05 dan apabila nilai itu lebih
dari 0.05 bermakna nilai itu tidak signifikan. Dengan menggunakan data dua
kumpulan umur (5 tahun dan 6 tahun) dengan skor tertentu, melihat pada min dan
sisihan piawai mana nilai yang paling tinggi dan bandingkan kedua-dua kumpulan
umur dan skor tertentu. Kemudian lihat ujian – T sama ada ia signifikan p <
0.05 atau tidak signifikan p > 0.05 . Akhir sekali, proses membuat hipotesis
nul (Ho) dan hipotesis alternatif (Ha) sama ada ada perkaitan hubungan atau
tidak antara kedua-dua kumpulan umur dan skor ini. Bagi saya ujian- T ini
sangat penting untuk mengesahkan atau valid
sesuatu nilai tersebut. Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Terima kasih
untuk yang sudi membaca.
Sekian, Terima Kasih
Oleh : Azira Tarmuzi
No comments:
Post a Comment