Assalamualaikum
wbt dan salam perpaduan buat pembaca blog ini.
3 Oktober 2018, Rabu – Kuliah pada kali
ini sedikit mencabar kerana sebelum kelas bermula Dr Sofiah telah menempilkan di
Facebook beberapa soalan mengenai data kuantitatif seperti pengiraan min,
median, mod, sisihan piawai dan banyak lagi. Apabila kelas bermula, dengan
menggunakan soalan yang diberi tadi kami diajar semula bagaimana menggunakan
kalkulator dengan membuat pengiraan yang betul dengan kaedah yang tepat. Saya
berasa sedikit kelakar pada masa itu kerana setelah sekian lama meninggalkan
sekolah subjek Matematik yang pada ketika dahulu saya amat meminati subjek
tersebut seolah-olah seperti saya tidak pernah belajar mengenai penggiraan dek
kerana lama telah meninggalkan zaman tersebut dan sudah lama tidak mengira
menggunakan kalkulator. Setelah diajar oleh Dr Sofiah, lama-kelamaan saya telah
mula ingat sedikit demi sedikit mengenai cara penggiraan min, mod, median dan sebagainya.
Seterusnya, Dr. Sofiah ada menerangkan mengenai ciri-ciri data norminal, data ordinal,
skala selang dan nisbah dan contoh setiap satu data tersebut.
Kemudian,
Dr Sofiah meminta kami secara berpasangan membuat soalan-soalan yang diberikan
dan membuat analisis mengenai setiap jawapan yang kami berikan. Selepas itu,
kami berbincang bersama dalam kelas mengenai jawapan setiap soalan tersebut. Selesai
sahaja membuta soalan-soalan tersebut, kami untuk memasuki laman web kahoot.com untuk
bermain game. Secara individu kami
diarahkan untuk menjawab beberapa soalan mengenai apa yang telah dipelajari
sebentar tadi bersama Dr Sofiah. Seperti biasa masa ini adalah masa yang sangat
menyeronokkan kerana setiap orang pasti suka bermain termasuk saya.
4 Oktober 2018, Khamis – Seperti
minggu-minggu sebelum ini, waktu tutorial kami adalah sehari selepas kuliah
iaitu pada hari Khamis pada pukul 11 pagi sehingga 12 tengah hari. Dan seperti
minggu sebelum ini juga kami telah diminta untuk memasuki laman web socrative.com
dan diminta untuk membuat quiz secara
sendiri-sendiri. Soalan yang diberikan mengenai lakuan bahasa. Dengan menggunakan
contoh pernyataan dalam Facebook sendiri kami diminta untuk menyalin dan
menampal pernyataan tersebut sebagai jawapan kepada soalan yang diberikan. Antara
soalannya termasuklah apakah itu lokusyenari, ilokusyenari dan perlokusyenari
dan banyak lagi tantang lakuan bahasa. Kemuadian, kami membincangkan jawapan bersama-sama
dengan menggunakan roda ajaib yang setiap nama ada di dalamnya dan saya merupakan
antara manusia yang bertuah untuk menjawab soalan yang pertama. Selesai tutorial,
saya dapat menyimpulkan bahawa saya semakin faham mengenai lakuan bahasa, dan apa
yang soalan inginkan. Sekian sahaja coretan saya untuk kali ini.
Sekian, terima kasih,
Oleh : Azira Tarmuzi
No comments:
Post a Comment