Monday, December 31, 2018

ANEKDOT PENGALAMAN MENGIKUTI KURSUS HMT 411


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada ahli keluarga HMT 411 yang saya muliakan,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Di kesempatan ini ingin saya berkongsi serba sedikit pengalaman saya sepanjang mengikuti kursus HMT411 yang dikendalikan oleh Dr. Radiah dan Dr. Norsofiah. Sebut sahaja nama Dr. Odi siapa tidak kenal dengan keadvancean beliau yang sangat jauh ke depan dan terkenal dengan memberi tugasan yang terkejut lagi mengejut seperti membuat video dengan pelbagai tema. Saya akui tidak begitu update mengenai aplikasi yang canggih dan berguna di media sosial kerana saya merasa bahawa saya tidak kreatif untuk mempunyai dan menggunakan aplikasi-aplikasi yang serba canggih pada zaman moden ini. Tetapi apabila Dr. Odi memberi tugasan dengan mengarahkan kami menggunakan Canva bagi membuat infografik saya sangat menyukainya dan kena dengan jiwa saya. Hahaha. Seperti rakan-rakan yang lain, apabila kami mendapat tugasan demi tugasan dan tugasan tambahan dalam suatu masa saya berasa sangat tertekan pada mulanya tetapi akhirnya saya mula menyedari bahawa setiap tugasan yang diberikan adalah sangat membantu saya dan rakan-rakan yang lain bagi melakukan kajian dan memudahkan kami jika kami ingin menyambung pengajian ke peringkat Master dan PhD seterusnya dan mengaplikasikan apa yang kami belajar semasa dalam kuliah pada masa akan datang setelah tamat pengajian di USM ini. terlalu banyak pengalaman manis yang kami lalui bersama sepanjang akhir semester ini seperti kami pergi mengikuti program yang melibatkan kerjasama USM ke Universiti Thaksin, Thailand. Sambil menyelam minum air. Sudah alang-alang ke negara orang kami mengambil kesempatan untuk melihat budaya mereka di sana. Selain itu, saya juga mengikuti junior dari HMT 213 ke Taiping, Perak bagi melihat tasik Taiping dikerap diceritakan oleh Dr. Odi dahulu kerana beliau berasal dari sana. bagi saya jauh perjalanan luas pemandangan yang kita boleh dapat dan nikmati. 


                                                  Keluarga kecil ku di Hatyai, Thailand. 

            Seterusnya, pengalaman yang paling saya tidak dapat dan tidak akan saya lupakan adalah semasa membuat proposal. Pada mulanya perjalanan kami dipermudahkan kerana kami antara kumpulan yang awal berjumpa dengan subjek, membuat rappo dan seterusnya mendapatkan maklumat yang kami inginkan untuk kajian kami. Kami sering berjumpa dengan Dr. Norsofiah dan Dr. Odi untuk menunjukkan perkembangan kumpulan kami. Setiap kali perjumpaan kami akan memperoleh ilmu baru dan membaiki proposal kami. Akan tetapi sebelum pembentangan pada 21 Disember 2018 (Jumaat) kami telah bercadang untuk berjumpa Dr. Norsofiah dan Dr. Odi untuk menunjukkan hasil kajian kami untuk kali terakhir. Dengan berasa sangat down dan sedih kami dikehendaki mengubah objektif dan seterusnya dapatan juga perlu diubah secara keseluruhannya. Pada mulanya pelbagai rasa yang datang, sedih, tertekan, putus asa dan bercampur aduk tetapi kami telah nekad untuk cuba menyiapkan mana yang kami mampu untuk ditunjukkan pada keesokkan harinya pada waktu kuliah. Kami satu kumpulan telah berkampung di surau desasiswa Tekun dan menelaah buku Nahu Melayu Mutahir, Asmah Haji Omar 2009 bersama-sama. Kami bergilir-gilir tidur setengah jam untuk setiap orang apabila mata sudah tidak beri kerjasama. Pada masa itu, saya lebih mengenali ahli kumpulan saya yang mungkin rakan-rakan lain tidak pernah tahu akan sikap mereka. Apa yang boleh saya katakan adalah saya bersyukur mempunyai ahli kumpulan yang saling memainkan peranan masing-masing seperti yang boleh menenangkan, yang sangat positif, yang boleh membuatkan semua berfikir, yang boleh melupakan tekanan besar yang kami hadapi seketika dan banyak lagi.


                                                          Keluarga kecil ku di USM 

Pada hari pembentangan, walaupun terdapat beberapa kesalahan yang kami lakukan pada sesi pembentangan, tetapi saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dalam masa dua hari untuk mengubah segala dapatan adalah benda yang sangat mustahil dan sukar. Tetapi bagi saya kami satu kumpulan telah melakukan yang terbaik dan dengan tolak ansur pensyarah yang membenarkan kami membetulkan kajian bertulis adalah sangat membantu. Kami akui tajuk yang kami buat sebagai kajian adalah agak sukar kerana melibatkan sintaksis iaitu seluruh ayat dan rajah pohon yang banyak mengelirukan kerana kami hanya perlu melihat pada teori Asmah Haji Omar 2009 sahaja. Jadi suka atau tidak kami perlu menelaah buku Nahu Melayu Mutahir (AHO 2009). Dengan istilah yang sangat berbeza yang digunakan oleh AHO membuatkan kami sukar dan banyak berlaku kekeliruan antara kami ahli kumpulan. Selain itu, kami rujuk juga pada beberapa orang rakan yang lebih arif tentang sintaksis dan juga pensyarah bagi melihat rajah pohon yang sebetulnya. Namun begitu, saya berasa kurusus HMT411 ini sangat menarik dan akan menjadi satu kenangan yang paling indah yang bakal saya rindui nanti. 

Akhir kata maafkan salah silap dan ketelanjuran saya apabila berbicara sama ada sedar ataupun separuh sedar. Semoga semua ahli keluarga HMT411 berjaya pada hari-hari mendatang di dunia dan juga akhirat. Kalian adalah sahabat, bonda dan juga merangkap keluarga kecil saya di USM ini. Terima kasih untuk segalanya. 


                          Bonda-bonda kami: Dr. Odi dan Dr. Norsofiah

' Kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi '



Sekian, Terima Kasih
Oleh : Azira Tarmuzi

REFLEKSI MINGGU TERAKHIR

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca,

21 Disember 2018, Jumaat – Hari ini merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar HMT 411 kerana semua tidak sabar untuk mempersembahkan hasil kajian yang dilakukan selama tidak kurang tiga bulan. Dengan pelbagai perasaan yang ada dalam satu masa menggambarkan segala-galanya. Kami berasa sangat bersyukur kerana diberikan ahli kumpulan yang sangat membantu antara satu sama lain.
Walaupun terdapat beberapa kesalahan yang kami lakukan pada sesi pembentangan, tetapi saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dalam masa dua hari untuk mengubah segala dapatan adalah benda yang sangat mustahil dan sukar. Tetapi bagi saya kami satu kumpulan telah melakukan yang terbaik dan dengan tolak ansur pensyarah yang membenarkan kami membetulkan kajian bertulis adalah sangat membantu. Kami akui tajuk yang kami buat sebagai kajian adalah agak sukar kerana melibatkan sintaksis iaitu seluruh ayat dan rajah pohon yang banyak mengelirukan kerana kami hanya perlu melihat pada teori Asmah Haji Omar 2009 sahaja. Jadi suka atau tidak kami perlu menelaah buku Nahu Melayu Mutahir (AHO 2009). Dengan istilah yang sangat berbeza yang digunakan oleh AHO membuatkan kami sukar dan banyak berlaku kekeliruan antara kami ahli kumpulan. Selain itu, kami rujuk juga pada bebeapa orang rakan yang lebih arif tentang sintaksis dan juga pensyarah bagi melihat rajah pohon yang sebetulnya. Namun begitu, saya berasa sangat menarik dan melihat sebagai satu kenangan yang bakal dirindui nanti. Tahniah kepada semua kumpulan yang melakukan kajian masing-masing dengan jayanya. Anda semua hebat! 😊
Sekian sahaja daripada saya untuk kali ini


Sekian, Terima Kasih
Oleh : Azira Tarmuzi

REFLEKSI MINGGU KE- 14

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca,

12 Disember 2018, Rabu –   Merupakan kuliah terakhir kami pada minggu ini kerana pada minggu hadapannya kami perlu membentangkan hasil kajian yang kami lakukan bersama ahli kumpulan, rakan sekelas dan pensyarah yang mengajar HMT 411 iaitu Dr. Odi dan Dr. Norsofiah. Jadi, sedikit kelaian yang dibawa pada hari tersebut kerana kami diarahkan untuk bergerak bagi memenuhi arahan dan memudahkan kami semua untuk memahami dengan lebih baik akan kaedah kuantitatif yang diajarkan oleh Dr Odi. Dengan melihat contoh yang terdekat sahaja iaitu keadaan di dalam kelas kami dapat mengeluarkan satu tajuk dan objektif yang sesuai bagi mengkaji apa yang ada di dalam kelas dan apa yang sesuai untuk dikaji supaya semua orang di dalam kelas terlibat. Secara tidak langsung, pada hari itu terdapat juga pelajar Master turut menyertai kuliah kami iaitu Kak Jasmin, Kak Athirah dan Kak Farhana.


          
  Pada mulanya, Dr. Odi mengajukan kami soalan tentang perbezaan seks dan gender. Terbukti memang terdapat perbezaan antara keduanya iaitu apabila melihat pada seks atau jantina bermaksud secara biologinya sama ada seseorang itu berjantina lelaki atau perempuan. Tetapi berbeza pula halnya dengan gender kerana gender melihat pada pemilihan seseorang dalam menentukan sama ada dia dalam gender perempuan, lelaki dan gender ketiga yang mempunyai campuran (lebih kepada perempuan walaupun dia seorang lelaki secara biologikalnya). Jadi setelah dilihat di dalam kelas hanya terdapat dua gender sahaja iaitu gender lelaki dan gender perempuan. Seterusnya, dalam gender itu pula bahagi pula kepada tempat asal atau negeri kelahiran masing-masing seperti dalam gender lelaki itu dipecahkan pula kepada dua iaitu seorang lelaki yang berasal dari Pahang dan dua orang berasal dari Pulai Pinang. Namun begitu, walaupun kedua-dua lelaki tersebut berasal dari negeri yang sama iaitu Pulau Pinang tetapi mereka dari daerah yang berbeza iaitu Shazwan dari Bukit Mertajam dan Aizat dari Kepala Batas. Kemudian, kami bergerak mengikut kelompok negeri masing-masing yang bermula dari utara sehingga selatan semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Pattani. Selain itu, kami dapat lihat bahawa terdapat taraf Pendidikan yang berbeza iaitu majoriti dalam kuliah itu merupakan prasiswazah dan tiga orang daripada mereka merupakan pascasiswazah. Kemuadian, kami diminta untuk menuliskan secara ringkas peta minda atau rangka daripada data yang kami kumpul bersama-sama sebelum menulis kajian tersebut.

            Secara keseluruhnya, kami mendapati bahawa kaedah kualitatif perlu dibuat dengan sangat terperinci dan kreatif. Walaupun nampak seperti kecil tetapi itulah merupakan maklumat yang paling penting dalam sesuatu kajian. 
Sekian sahaja daripada saya untuk kali ini.

 

Sekian, Terima Kasih

Oleh : Azira Tarmuzi

Monday, December 10, 2018

REFLEKSI CERAMAH TERJEMAHAN DAN INTERPRETASI


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca,

7 Disember 2018, Jumaat – Saya dan rakan-rakan HMT 411 telah menghadiri sebuah program yang bertajuk “Ceramah Terjemahan & Interpretasi (CTI)”. Program ini bertempat di Dewan Kuliah A dan telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Haslina Haroon yang merupakan salah seorang pensyarah dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Program ini bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Ceramah ini menerangkan pentingnya parateks dalam sesebuah kajian yang selalunya pengkaji akan mengkaji bahagian teks di dalam sahaja tanpa melihat dengan lebih dalam mengenai parateks yang juga penting untuk dikaji, Menurut Prof. Madya Dr. Haslina Haroon, parateks bermaksud perkara yang merangkumi luar lingkungan daripada teks seperti unsur-unsur yang terdapat pada hadapan sesebuah kulit buku, novel dan sebagainya. Parateks menurut Gerrard Genete (1930-2018) merupakan satu analisis yang melihat kepada elemen luar teks seperti glosari, kulit buku, pengenalan, rujukan dan sebagainya. Manakala teks merujuk pada cerita dalam sesebuah buku. Teks dan parateks adalah dua benda yang penting yang datang bersama-sama dalam sesebuah buku.
            Seterusnya, parateks dipecahkan kepada dua bahagian iaitu pertama periteks dan kedua epiteks. Peri bermaksud sekeliling (around) , periteks bermaksud perkara yang berada disekeliling sesebuah buku seperti kulit, rujukan, kata-kata aluan, cover design, tajuk, nota kaki dan sebagainya manakala epi bermaksud luar, epiteks bermaksud luar daripada buku iaitu ia ada kaitan dengan buku tetapi tidak duduk sekali dengan buku seperti ceramah, temu duga, review dan sebagainya. Jadi yang ingin difokuskan oleh Prof. Madya Dr. Haslina Haroon ialah periteks kerana beliau menyatakan bahawa ramai orang tidak sedar bahawa parateks juga boleh dikaji dengan baik dan bukan hanya mengkaji teks sahaja. Berbalik kepada periteks, periteks boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu i) Non-Verbal External Peritext (tidak menggunakan perkataan, berada di luar kulit buku seperti cover design), ii) Verbal External Peritext (menggunakan perkataan, berada di luar seperti tajuk) , iii) Non-Verbal Internal Peritext (tidak menggunakan perkataan, berada di dalam seperti gambar) dan iv) Verbal Internal Peritext (menggunakan perkataan, berada di dalam seperti pengenalan).


Tambahan lagi, Prof. Madya Dr. Haslina Haroon menarik perhatian saya apabila beliau berkongsi pengalaman dan cerita Bersama kami tentang kesungguhan beliau membuat terjemahan dan analisis setiap kulit buku yang dipilih. Sebagai contoh, sebuah buku yang bertajuk ‘Haji's Book of Malayan Nursery Rhymes’ karya A. W. Hamilton, sangat menarik minat saya mendengar beliau bercerita bagaimana beliau mendapatkan segala maklumat untuk mencapai hajat beliau untuk mengetahui lebih mendalam mengenai penulis buku tersebut, A. W. Hamilton dan tajuk haji itu melihatkan pelbagai kontrovesi dan andaian yang dibuat oleh beliau. Beliau tidak pernah putus asa dan terus berusaha sehingga akhirnya membuahkan hasil mendapatkan buku yang asli dari penulis tersebut melalui orang kenalan A. W. Hamilton suatu ketika dahulu. Usaha Prof. Madya Dr. Haslina Haroon membuatkan saya sedar bahawa setiap perjuangan pasti akan membuahkan hasil sama ada cepat atau lambat sekiranya kita bersabar dan terus berusaha tanpa rasa putus asa. Buku asli Haji's Book of Malayan Nursery Rhymes kini berada di Perpustakaan Hamzah Sendut 1, Universiti Sains Malaysia. Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.



Sekian, Terima Kasih
Oleh : Azira Tarmuzi


REFLEKSI MINGGU KE-13


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca,

5 Disember 2018, Rabu – Kuliah pada kali ini sekali lagi Dr. Odi meminta kami satu kelas menghadiri sebuah Persidangan mengenai Jenayah, Terorisme dan Komuniti dalam Sastera. Teroris bermaksud pengganas. Antara ciri pengganas ialah ancaman kekerasan dan kesan sosial, menyasarkan orang awam, aksi dan tindakan teroris memberi kesan. Dalam sebuah tajuk ‘Sultan Mahmud Baharuddin II: Pengganas atau Wira?’ yang dibentangkan oleh pembentang menceritakan tentang Sultan Mahmud yang dikatakan pengkhianat oleh orang Belanda tetapi berbeza dengan tanggapan orang Melayu yang menganggap Sultan Mahmud sebagai wira kerana berani memusnahkan loji Belanda. Selain itu, ada juga pembentang yang menerangkan tentang penghambaan yang bermaksud golongan bawahan atau asli. Hamba atau pengabdi membawa maksud seseorang dimiliki oleh seseorang atau bukan seorang free man. Dalam konsep Antony Honore hamba boleh dipecahkan kepada enam bahagian iaitu, i) hamba hutang, ii) hamba kemegahan, iii) hamba untuk langsaikan hutang, iv) hamba sebahagian daripada keluarga pembesar, v) hamba harta warisan dan vi) hamba untuk gundik. Setiap pecahan diterangkan secara ringkas oleh pembentang. Kemudian, pembentang seterusnya membentangkan tajuk ‘Tombiru’ yang banyak menerangkan tentang undang-undang di bawah seksyen 302 iaitu hukuman mati mandotori. Tombiru diandaikan sebagai ahli wira hero oleh pembentang atas alasan beliau yang tersendiri. Saya fikir ini adalah sangat menarik kerana beliau mengeluarkan bukti yang boleh dipercayai dengan merujuk kepada undang-undang jenayah.
Secara keseluruhannya, persidangan ini banyak membantu saya dan rakan-rakan yang lain bagi melihat kajian yang dilakukan oleh para pembentang dengan menggunakan pendekatan kajian kaedah kualitatif. Seterusnya, dengan melihat setiap gaya, cara dan teknik yang dipersembahkan oleh pembentang kepada audiens dapat membuka mata kami bagaimana untuk menarik perhatian audiens supaya tertarik dan memberi perhatian sepenuhnya kepada persembahan slaid Power Point kami nanti.  Banyak perkara yang perlu diambil perhatian dalam persembahan slaid Power Point seperti intonasi suara yang perlu dikawal oleh setiap pembentang, gaya persembahan slaid Power Point yang ditunjukkan hendak lah menarik dan tidak terlalu sarat atau banyak perkataan dan sebagainya. Hal ini sedikit sebanyak membantu kami untuk membentangkan kajian kami nanti dan untuk kegunaan masa hadapan.
Sekian sahaja daripada saya untuk kali ini.





Sekian, Terima Kasih
Oleh : Azira Tarmuzi


REFLEKSI MINGGU KE-12


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca,

28 November 2018, Rabu – Kuliah pada kali ini Dr. Odi meminta kami satu kelas menghadiri seminar ‘Shanon Ahmad Dalam Kenangan’ , Satu refleksi karya-karya Mutakhirnya. Tujuan utama seminar ini dijalankan adalah untuk sesi pembentangan beberapa orang pensyarah dan pelajar di samping mengenang kembali sumbangan karya-karya yang ditulis oleh Shanon Ahmad yang merupakan antara salah seorang sasterawan negara yang terkenal di Malaysia ini. Seminar ini berlangsung di Dewan Persidangan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang anjuran Persatuan Karyawan Pulau Pinang dengan kerjasama Bahagian Kesusteraan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM, Dewan Bahasa dan Pustaka. Walaupun saya lambat masuk ke seminar kerana menghadiri kelas sebelumnya, saya berpeluang melihat beberapa lagi pembentangan yang tinggal seperti Dr. dr. Roslan yang banyak mengaitkan unsur alam dan agama dalam pembentangan beliau. Dalam buku Shanon Ahmad yang bertajuk Revolusi yang ditangguhkan: Uzlah dalam Pemikiran Kemuhasabahan dan Kesufisme, beliau menghuraikan bahawa penulisan Shanon Ahmad banyak mengaitkan unsur alam dan agama bertujuan untuk menyeru manusia mendekatkan diri dengan Tuhan Pencipta sekalian alam. Uzlah bermaksud mengasingkan diri hanya berfokus untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Sementara para pembentangan lain juga memberikan input yang berguna, Dr. Odi juga memainkan peranan di kumpulan Facebook HMT411 dengan banyak menyoal kami tentang apakah perkaitan setiap pembentangan dalam seminar tersebut dengan kajian kuantitatif dan sebagainya. Ini sahaja perkongsian saya pada kali ini.




Al-Fatihah 
Datuk Dr. Haji Shahnon Ahmad 
1933-2017 


Sekian, Terima Kasih
Oleh : Azira Tarmuzi


ANEKDOT PENGALAMAN MENGIKUTI KURSUS HMT 411

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada ahli keluarga HMT 411 yang saya muliakan, Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan....