Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. 12 September 2018 – Saya dan rakan-rakan yang bermajorkan Bahasa Melayu telah mengambil subjek HMT 411 iaitu Teori dan Kaedah Penyelidikan dalam Linguistik sebagai elektif terakhir sebelum menghabiskan sisa-sisa yang berbaki tidak kurang 5 bulan ini. Setelah melihat satu persatu rangka kursus yang telah diberikan oleh Dr. Sofiah di Facebook, saya mendapati bahagian-bahagian yang telah di bahagikan dan tajuk yang bakal diajarkan oleh Dr. Sofiah dan Dr Radiah adalah sangat penting dan menarik.

Dengan
adanya rangka kursus yang terperinci ini memudahkan pelajar-pelajar HMT 411 memahami
dan faham apa yang bakal dilakukan sepanjang satu semester ini. Selain itu,
beberapa rujukan telah diberikan telah memudahkan saya dan rakan-rakan membuat
kerja kerana telah ada sumber rujukan yang dicadangkan oleh pensyarah. Pemarkahan
untuk subjek ini adalah 70% kerja khusus dan 30% peperiksaan akhir. Setiap bahagian
bermula dari topik utama kepada sub-subtopik kecil akan beri manfaat kepada
setiap pelajar HMT 411 khususnya. Tujuan kursus ini adalah untuk memperkenalkan
dan membincangkan teori dan kedah yang digunakan dalam penyelidikan linguistik
secara khususnya. Saya berharap saya dan rakan-rakan akan terus konsisten dan dapat
mengalas tanggungjawab sebagai pelajar HMT 411 dengan sebaik mungkin.
Terima kasih
Terima kasih
Oleh : Azira Tarmuzi
No comments:
Post a Comment