Monday, December 10, 2018

REFLEKSI MINGGU KE-12


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca,

28 November 2018, Rabu – Kuliah pada kali ini Dr. Odi meminta kami satu kelas menghadiri seminar ‘Shanon Ahmad Dalam Kenangan’ , Satu refleksi karya-karya Mutakhirnya. Tujuan utama seminar ini dijalankan adalah untuk sesi pembentangan beberapa orang pensyarah dan pelajar di samping mengenang kembali sumbangan karya-karya yang ditulis oleh Shanon Ahmad yang merupakan antara salah seorang sasterawan negara yang terkenal di Malaysia ini. Seminar ini berlangsung di Dewan Persidangan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang anjuran Persatuan Karyawan Pulau Pinang dengan kerjasama Bahagian Kesusteraan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM, Dewan Bahasa dan Pustaka. Walaupun saya lambat masuk ke seminar kerana menghadiri kelas sebelumnya, saya berpeluang melihat beberapa lagi pembentangan yang tinggal seperti Dr. dr. Roslan yang banyak mengaitkan unsur alam dan agama dalam pembentangan beliau. Dalam buku Shanon Ahmad yang bertajuk Revolusi yang ditangguhkan: Uzlah dalam Pemikiran Kemuhasabahan dan Kesufisme, beliau menghuraikan bahawa penulisan Shanon Ahmad banyak mengaitkan unsur alam dan agama bertujuan untuk menyeru manusia mendekatkan diri dengan Tuhan Pencipta sekalian alam. Uzlah bermaksud mengasingkan diri hanya berfokus untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Sementara para pembentangan lain juga memberikan input yang berguna, Dr. Odi juga memainkan peranan di kumpulan Facebook HMT411 dengan banyak menyoal kami tentang apakah perkaitan setiap pembentangan dalam seminar tersebut dengan kajian kuantitatif dan sebagainya. Ini sahaja perkongsian saya pada kali ini.




Al-Fatihah 
Datuk Dr. Haji Shahnon Ahmad 
1933-2017 


Sekian, Terima Kasih
Oleh : Azira Tarmuzi


No comments:

Post a Comment

ANEKDOT PENGALAMAN MENGIKUTI KURSUS HMT 411

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada ahli keluarga HMT 411 yang saya muliakan, Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan....