Monday, December 10, 2018

REFLEKSI MINGGU KE-13


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca,

5 Disember 2018, Rabu – Kuliah pada kali ini sekali lagi Dr. Odi meminta kami satu kelas menghadiri sebuah Persidangan mengenai Jenayah, Terorisme dan Komuniti dalam Sastera. Teroris bermaksud pengganas. Antara ciri pengganas ialah ancaman kekerasan dan kesan sosial, menyasarkan orang awam, aksi dan tindakan teroris memberi kesan. Dalam sebuah tajuk ‘Sultan Mahmud Baharuddin II: Pengganas atau Wira?’ yang dibentangkan oleh pembentang menceritakan tentang Sultan Mahmud yang dikatakan pengkhianat oleh orang Belanda tetapi berbeza dengan tanggapan orang Melayu yang menganggap Sultan Mahmud sebagai wira kerana berani memusnahkan loji Belanda. Selain itu, ada juga pembentang yang menerangkan tentang penghambaan yang bermaksud golongan bawahan atau asli. Hamba atau pengabdi membawa maksud seseorang dimiliki oleh seseorang atau bukan seorang free man. Dalam konsep Antony Honore hamba boleh dipecahkan kepada enam bahagian iaitu, i) hamba hutang, ii) hamba kemegahan, iii) hamba untuk langsaikan hutang, iv) hamba sebahagian daripada keluarga pembesar, v) hamba harta warisan dan vi) hamba untuk gundik. Setiap pecahan diterangkan secara ringkas oleh pembentang. Kemudian, pembentang seterusnya membentangkan tajuk ‘Tombiru’ yang banyak menerangkan tentang undang-undang di bawah seksyen 302 iaitu hukuman mati mandotori. Tombiru diandaikan sebagai ahli wira hero oleh pembentang atas alasan beliau yang tersendiri. Saya fikir ini adalah sangat menarik kerana beliau mengeluarkan bukti yang boleh dipercayai dengan merujuk kepada undang-undang jenayah.
Secara keseluruhannya, persidangan ini banyak membantu saya dan rakan-rakan yang lain bagi melihat kajian yang dilakukan oleh para pembentang dengan menggunakan pendekatan kajian kaedah kualitatif. Seterusnya, dengan melihat setiap gaya, cara dan teknik yang dipersembahkan oleh pembentang kepada audiens dapat membuka mata kami bagaimana untuk menarik perhatian audiens supaya tertarik dan memberi perhatian sepenuhnya kepada persembahan slaid Power Point kami nanti.  Banyak perkara yang perlu diambil perhatian dalam persembahan slaid Power Point seperti intonasi suara yang perlu dikawal oleh setiap pembentang, gaya persembahan slaid Power Point yang ditunjukkan hendak lah menarik dan tidak terlalu sarat atau banyak perkataan dan sebagainya. Hal ini sedikit sebanyak membantu kami untuk membentangkan kajian kami nanti dan untuk kegunaan masa hadapan.
Sekian sahaja daripada saya untuk kali ini.





Sekian, Terima Kasih
Oleh : Azira Tarmuzi


No comments:

Post a Comment

ANEKDOT PENGALAMAN MENGIKUTI KURSUS HMT 411

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada ahli keluarga HMT 411 yang saya muliakan, Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan....