Monday, December 31, 2018

REFLEKSI MINGGU KE- 14

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca,

12 Disember 2018, Rabu –   Merupakan kuliah terakhir kami pada minggu ini kerana pada minggu hadapannya kami perlu membentangkan hasil kajian yang kami lakukan bersama ahli kumpulan, rakan sekelas dan pensyarah yang mengajar HMT 411 iaitu Dr. Odi dan Dr. Norsofiah. Jadi, sedikit kelaian yang dibawa pada hari tersebut kerana kami diarahkan untuk bergerak bagi memenuhi arahan dan memudahkan kami semua untuk memahami dengan lebih baik akan kaedah kuantitatif yang diajarkan oleh Dr Odi. Dengan melihat contoh yang terdekat sahaja iaitu keadaan di dalam kelas kami dapat mengeluarkan satu tajuk dan objektif yang sesuai bagi mengkaji apa yang ada di dalam kelas dan apa yang sesuai untuk dikaji supaya semua orang di dalam kelas terlibat. Secara tidak langsung, pada hari itu terdapat juga pelajar Master turut menyertai kuliah kami iaitu Kak Jasmin, Kak Athirah dan Kak Farhana.


          
  Pada mulanya, Dr. Odi mengajukan kami soalan tentang perbezaan seks dan gender. Terbukti memang terdapat perbezaan antara keduanya iaitu apabila melihat pada seks atau jantina bermaksud secara biologinya sama ada seseorang itu berjantina lelaki atau perempuan. Tetapi berbeza pula halnya dengan gender kerana gender melihat pada pemilihan seseorang dalam menentukan sama ada dia dalam gender perempuan, lelaki dan gender ketiga yang mempunyai campuran (lebih kepada perempuan walaupun dia seorang lelaki secara biologikalnya). Jadi setelah dilihat di dalam kelas hanya terdapat dua gender sahaja iaitu gender lelaki dan gender perempuan. Seterusnya, dalam gender itu pula bahagi pula kepada tempat asal atau negeri kelahiran masing-masing seperti dalam gender lelaki itu dipecahkan pula kepada dua iaitu seorang lelaki yang berasal dari Pahang dan dua orang berasal dari Pulai Pinang. Namun begitu, walaupun kedua-dua lelaki tersebut berasal dari negeri yang sama iaitu Pulau Pinang tetapi mereka dari daerah yang berbeza iaitu Shazwan dari Bukit Mertajam dan Aizat dari Kepala Batas. Kemudian, kami bergerak mengikut kelompok negeri masing-masing yang bermula dari utara sehingga selatan semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Pattani. Selain itu, kami dapat lihat bahawa terdapat taraf Pendidikan yang berbeza iaitu majoriti dalam kuliah itu merupakan prasiswazah dan tiga orang daripada mereka merupakan pascasiswazah. Kemuadian, kami diminta untuk menuliskan secara ringkas peta minda atau rangka daripada data yang kami kumpul bersama-sama sebelum menulis kajian tersebut.

            Secara keseluruhnya, kami mendapati bahawa kaedah kualitatif perlu dibuat dengan sangat terperinci dan kreatif. Walaupun nampak seperti kecil tetapi itulah merupakan maklumat yang paling penting dalam sesuatu kajian. 
Sekian sahaja daripada saya untuk kali ini.

 

Sekian, Terima Kasih

Oleh : Azira Tarmuzi

No comments:

Post a Comment

ANEKDOT PENGALAMAN MENGIKUTI KURSUS HMT 411

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada ahli keluarga HMT 411 yang saya muliakan, Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan....