Assalamualaikum
wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca,
21
Disember 2018, Jumaat – Hari ini merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu
oleh setiap pelajar HMT 411 kerana semua tidak sabar untuk mempersembahkan
hasil kajian yang dilakukan selama tidak kurang tiga bulan. Dengan pelbagai
perasaan yang ada dalam satu masa menggambarkan segala-galanya. Kami berasa
sangat bersyukur kerana diberikan ahli kumpulan yang sangat membantu antara
satu sama lain.
Walaupun
terdapat beberapa kesalahan yang kami lakukan pada sesi pembentangan, tetapi saya
berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dalam masa dua hari untuk mengubah
segala dapatan adalah benda yang sangat mustahil dan sukar. Tetapi bagi saya
kami satu kumpulan telah melakukan yang terbaik dan dengan tolak ansur
pensyarah yang membenarkan kami membetulkan kajian bertulis adalah sangat
membantu. Kami akui tajuk yang kami buat sebagai kajian adalah agak sukar
kerana melibatkan sintaksis iaitu seluruh ayat dan rajah pohon yang banyak
mengelirukan kerana kami hanya perlu melihat pada teori Asmah Haji Omar 2009
sahaja. Jadi suka atau tidak kami perlu menelaah buku Nahu Melayu Mutahir (AHO
2009). Dengan istilah yang sangat berbeza yang digunakan oleh AHO membuatkan
kami sukar dan banyak berlaku kekeliruan antara kami ahli kumpulan. Selain itu,
kami rujuk juga pada bebeapa orang rakan yang lebih arif tentang sintaksis dan
juga pensyarah bagi melihat rajah pohon yang sebetulnya. Namun begitu, saya
berasa sangat menarik dan melihat sebagai satu kenangan yang bakal dirindui
nanti. Tahniah kepada semua kumpulan yang melakukan kajian masing-masing dengan
jayanya. Anda semua hebat! 😊
Sekian sahaja
daripada saya untuk kali ini
Sekian, Terima Kasih
Oleh :
Azira Tarmuzi
No comments:
Post a Comment