Monday, October 29, 2018

REFLEKSI MINGGU KE- 7


Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan buat pembaca blog ini.

23 Oktober 2018, Selasa – Minggu konvokesyen Universiti Sains Malaysia telah bermula. Maka bermula lah tugasan yang dinanti-nantikan iaitu menemu bual graduan PhD di USM ini. Oleh sebab pada para graduan PhD terlibat dalam konvokesyen pada hari Selasa sahaja maka kami pun memulakan pencariaan mangsa yang bertuah untuk kami temu bual pada pukul 1 petang. Dalam kumpulan proposal yang sama kami telah menemui seorang lelaki Cina yang baru sahaja keluar daripada dewan dan kami menjalankan sedikit rappo bersama beliau dengan berbual kosong terlebih dahulu untuk mendapatkan hubungan yang mesra dan supaya tidak terlalu kekok apabila temu bual berlangsung. Nama insan yang berjaya menamatkan PhD ini ialah Yeap Kim Huat berasal dari Perak dan mempunyai sebuah keluarga bahagia. Beliau seorang yang sangat profesioanl dan sangat memberi kerjasama bersama kami. Kami mengajukan beberapa soalan kepada beliau seperti latar belakang beliau, mengenai kajian thesis beliau, cabaran yang dihadapi, dorongan dan sebagainya. Rakaman beliau boleh dilihat melalui link Youtube ini,  https://www.youtube.com/watch?v=ORBffGPk2MY&feature=youtu.be. Berdasarkan jawapan beliau, kami dapat simpulkan bukan mudah untuk berjaya dan ilmu adalah sangat penting dan perlu dicari sampai liang lahad. Kami mendapat inspirasi baru dan semangat baru daripada beliau untuk meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya. In Shaa Allah jika dengan izinNya.

Dr. Yeap Kim Huat bersama keluarga


24 Oktober 2018, Rabu – Kuliah dibatalkan. Akan tetapi Dr Sofiah telah memberi awal-awal lagi tugasan untuk kami isi semasa kuliah dibatalkan iaitu menerangkan ujian One Way ANOVA dengan menggunakan aplikasi screencas. Dalam penerangan, kami diminta untuk menerangkan;(i) hipotesis kajian, (ii) syarat ujian ANOVA, (iii) cara ujian ANOVA dijalankan. Dalam kumpulan proposal yang sama juga kamu berempat bersilat melakukan aktiviti ini di dalam bilik perbincangan Perpustakaan Hamzah Sendut 1 selama hampir 6 jam. Untuk melihat hasil kajian ANOVA kami boleh dilihat pada link di Youtube, https://www.youtube.com/watch?v=b3OQ3tCWHaI&feature=youtu.be. Bagi saya aktiviti sangat menarik tetapi sangat memerlukan kesabaran dan ketelitian yang lebih kerana sekali tersilap apabila merakam kami perlu mengulang semula untuk merakam rakaman yang baru. Jelas dapat disimpulkan bahawa ujian ANOVA dan ujian t- test adalah benda yang berbeza kerana ujian ANOVA boleh dilakukan lebih daripada dua pemboleh ubah dalam masa yang sama berbanding ujian t- test yang hanya fokus pada satu pemboleh ubah sahaja. Ini sahaja coretan saya untuk kali ini. Terima kasih kepada yang sudi membaca.

Sekian, Terima Kasih
Oleh : Azira Tarmuzi


Friday, October 19, 2018

REFLEKSI KULIAH KEENAM & TUTORIAL MINGGU KE-6


Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan buat pembaca blog ini.


17 Oktober 2018, Rabu – Seperti biasa kuliah HMT 411 akan diadakan pada setiap hari Rabu selama tiga jam dan telah dikuliahkan oleh Dr Norsofiah. Mengenai pembentangan proposal seperti minggu lepas tetapi kali ini Dr membincangkan proposal yang  telah kami bentang dan hantar dengan membetulkan semula apa yang perlu diperbaiki bagi proposal setiap kumpulan. Kami satu kelas telah diberi pendedahan dengan lebih terang dan terperinci mengenai cara membuat borang maklumat diri untuk responden sebagai mengenal pasti serba sedikit latar belakang dan ciri-ciri responden yang bagaimana kami mahukan dan borang keizinan yang perlu dibuat sebagai tanda persetujuan dan bukti antara pengkaji dan responden sebelum menjalankan sesuatu rakaman atau aktiviti bersama. Saya berpendapat bahawa kaedah kajian adalah antara kaedah yang utama kerana untuk mendapatkan dapatan atau hasil kajian, kaedah kajian perlu lah bersesuaian dan betul terlebih dahulu sebelum memulakan kajian.
            Setererusnya, Dr. Sofiah memaparkan sebuah iklan Thailand yang dicapai melalui Youtube https://www.youtube.com/watch?v=ddralVsWVCM dan meminta kami yang bakal menjadi seorang penyelidik nanti memerhati iklan tersebut. Kemudian, tiga nama yang bertuah telah dipilih melalui roda impian untuk menjawab pemerhatian masing-masing. Berdasarkan pemerhatian ketiga-tiga orang ini didapati setiap pemerhatian yang dilontarkan adalah berbeza-beza seperti ada yang mengatakan dia merasa empati dan merasai pengorbanan lelaki dalam iklan itu, ada juga yang mengatakan kebahagian datang tidak semestinya daripada kekayaan dan sebagainya. Dari sini saya melihat pelbagai persepsi dapat dinyatakan dari pelbagai sudut walaupun semua orang melihat benda yang sama.

18 Oktober 2018, Khamis – Tutorial berjalan seperti biasa dan kami diminta membuat laporan mengenai data yang kami masukkan pada minggu lepas. Dengan menggunakan ujian – T kami dapat melihat bahawa nilai itu signifikan atau tidak. Signifikan bermaksud bermakna dan tidak signifikan bermaksud tidak bermakna. Nilai yang dikatakan signifikan hendaklah kurang dari 0.05 dan apabila nilai itu lebih dari 0.05 bermakna nilai itu tidak signifikan. Dengan menggunakan data dua kumpulan umur (5 tahun dan 6 tahun) dengan skor tertentu, melihat pada min dan sisihan piawai mana nilai yang paling tinggi dan bandingkan kedua-dua kumpulan umur dan skor tertentu. Kemudian lihat ujian – T sama ada ia signifikan p < 0.05 atau tidak signifikan p > 0.05 . Akhir sekali, proses membuat hipotesis nul (Ho) dan hipotesis alternatif (Ha) sama ada ada perkaitan hubungan atau tidak antara kedua-dua kumpulan umur dan skor ini. Bagi saya ujian- T ini sangat penting untuk mengesahkan atau valid sesuatu nilai tersebut. Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Terima kasih untuk yang sudi membaca.



Sekian, Terima Kasih
Oleh : Azira Tarmuzi






Friday, October 12, 2018

REFLEKSI KULIAH KELIMA & TUTORIAL MINGGU KE-5


Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan buat pembaca blog ini.


10 Oktober 2018, Rabu – Kuliah pada kali ini lain daripada kuliah sebelum-sebelum ini kerana pada minggu ini kami satu kelas perlu membentangkan proposal atau cadangan kerja kepada semua di dalam kelas. Dengan pembahagian 9 kumpulan yang terdiri daripada empat orang dalam satu kumpulan saya dan rakan sekumpulan telah mencabut nombor giliran untuk menentukan siapa yang akan membentang terlebih dahulu dan kumpulan kami sangat bertuah kerana kumpulan pertama yang harus membentangkan proposal. Kami telah bersepakat untuk memilih tajuk “Masalah Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Bukan Melayu di USM Semasa Pembentangan” dan membentangkan hasil perbincangan kami dalam bentuk Power Point dan menyerahkan juga hasil proposal kami dalam bentuk salinan hard copy kepada Dr. Norsofiah dan Dr. Radiah.

            Semasa pembentangan, kami menjelaskan dan menghuraikan satu persatu mengenai kajian yang bakal kami kaji bermula dari tajuk, objektif, penyataan masalah, persoalan kajian, sorotan kajian, kaedah kajian dan teori yang kami ingin gunakan. Sorotan kajian kami telah melihat lima buah artikel yang berkaitan dengan tajuk yang kami pilih dan bakal kaji. “Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian” peribahasa yang tepat untuk kami yang baru pertama kali mencuba untuk membuat sebuah kajian. Teguran dan cadangan daripada pensyarah kami ambil untuk membaiki dan menambahbaikkan kajian yang bakal kami kaji. Dari segi tajuk kami terlalu besar dan pensyarah meminta kami untuk menskopkan lagi tajuk kami dan begitu juga dengan teori yang kami pilih terlalu besar dan kami hanya perlu mengecilkan lagi teori yang mana satu yang kami akan ambil dan guna pakai dan sesuai untuk kajian kami.




11 Oktober 2018, Khamis – Tutorial berjalan seperti biasa dan kami hanya perlu memasukkan data dalam SPSS dan data itu Dr. Norsofiah akan gunakan untuk latihan seterusnya nanti. Dr. Norsofiah mengajar kami menggunakan SPSS dengan lebih terperinci bagaimana cara untuk mendapatkan data dan memasukkan data dengan mudah. Selain itu, dari situ kami boleh melihat terus jawapan seperti min, median, sisihan piawai dan sebagainya dengan mudah. Sekian sahaja cerita saya untuk masa ini. Terima kasih kepada para pembaca yang setia dan sudi meluangkan masa membaca blog ini.



Sekian, Terima Kasih
Oleh: Azira Tarmuzi

Saturday, October 6, 2018

REFLEKSI KULIAH KEEMPAT DAN TUTORIAL MINGGU KE-4


Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan buat pembaca blog ini.

3 Oktober 2018, Rabu – Kuliah pada kali ini sedikit mencabar kerana sebelum kelas bermula Dr Sofiah telah menempilkan di Facebook beberapa soalan mengenai data kuantitatif seperti pengiraan min, median, mod, sisihan piawai dan banyak lagi. Apabila kelas bermula, dengan menggunakan soalan yang diberi tadi kami diajar semula bagaimana menggunakan kalkulator dengan membuat pengiraan yang betul dengan kaedah yang tepat. Saya berasa sedikit kelakar pada masa itu kerana setelah sekian lama meninggalkan sekolah subjek Matematik yang pada ketika dahulu saya amat meminati subjek tersebut seolah-olah seperti saya tidak pernah belajar mengenai penggiraan dek kerana lama telah meninggalkan zaman tersebut dan sudah lama tidak mengira menggunakan kalkulator. Setelah diajar oleh Dr Sofiah, lama-kelamaan saya telah mula ingat sedikit demi sedikit mengenai cara penggiraan min, mod, median dan sebagainya. Seterusnya, Dr. Sofiah ada menerangkan mengenai ciri-ciri data norminal, data ordinal, skala selang dan nisbah dan contoh setiap satu data tersebut.
            Kemudian, Dr Sofiah meminta kami secara berpasangan membuat soalan-soalan yang diberikan dan membuat analisis mengenai setiap jawapan yang kami berikan. Selepas itu, kami berbincang bersama dalam kelas mengenai jawapan setiap soalan tersebut. Selesai sahaja membuta soalan-soalan tersebut, kami untuk memasuki laman web kahoot.com untuk bermain game. Secara individu kami diarahkan untuk menjawab beberapa soalan mengenai apa yang telah dipelajari sebentar tadi bersama Dr Sofiah. Seperti biasa masa ini adalah masa yang sangat menyeronokkan kerana setiap orang pasti suka bermain termasuk saya.

4 Oktober 2018, Khamis – Seperti minggu-minggu sebelum ini, waktu tutorial kami adalah sehari selepas kuliah iaitu pada hari Khamis pada pukul 11 pagi sehingga 12 tengah hari. Dan seperti minggu sebelum ini juga kami telah diminta untuk memasuki laman web socrative.com dan diminta untuk membuat quiz secara sendiri-sendiri. Soalan yang diberikan mengenai lakuan bahasa. Dengan menggunakan contoh pernyataan dalam Facebook sendiri kami diminta untuk menyalin dan menampal pernyataan tersebut sebagai jawapan kepada soalan yang diberikan. Antara soalannya termasuklah apakah itu lokusyenari, ilokusyenari dan perlokusyenari dan banyak lagi tantang lakuan bahasa. Kemuadian, kami membincangkan jawapan bersama-sama dengan menggunakan roda ajaib yang setiap nama ada di dalamnya dan saya merupakan antara manusia yang bertuah untuk menjawab soalan yang pertama. Selesai tutorial, saya dapat menyimpulkan bahawa saya semakin faham mengenai lakuan bahasa, dan apa yang soalan inginkan. Sekian sahaja coretan saya untuk kali ini.




Sekian, terima kasih,
Oleh : Azira Tarmuzi

ANEKDOT PENGALAMAN MENGIKUTI KURSUS HMT 411

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada ahli keluarga HMT 411 yang saya muliakan, Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan....