Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.
2 Muharram, 1440 H – Hari pertama untuk semester 7 di Universiti Sains Malaysia, kelas HMT 411 merupakan kelas yang ketiga pada hari ini Rabu. Kelas ini bermula dari pukul 12 tengah hari sehingga tiga petang. Waktu yang kemuncak bagi setiap pelajar kerana waktu yang semua orang terasa perut menari-nari dan berbunyi-bunyi seolah –olah menyeru untuk saya mengisi sesuatu ke dalam perut. Akan tetapi semua perasaan itu telah berubah menjadi sesuatu yang lebih seronok apabila pensyarah kami untuk subjek ini iailah Dr. Radiah dan Dr. Sofiah telah menyajikan kami sesuatu yang lebih enak iaitu kami satu kelas perlu menyertai quiz melalui atas talian iaitu quizlet.live yang mana pensyarah kami telah menyediakan beberapa soalan untuk kami satu kumpulan jawab melalui pembacaan individu tentang ahli keluarga HMT411. Dari quiz ini kami dapat belajar sesuatu yang mana kami perlu mengambil tahu tentang orang yang berada di sekeliling kami.

Dr.
Radiah ada menyebut dalam kualitatif setiap benda yang kita atau subjek lakukan
kita perlu sensitif dengan membuka mata 360% untuk memerhati, mencatat melalui
penulisan dan memori. Selain itu, ada subjek yang tidak benar rakaman
dijalankan jadi memori perlu mengambil alih secara tidak langsung. Kebanyakannya
subjek benarkan kita sebagai pengkaji merakam tetapi perlukan persetujuan orang
yang hendak ditemu bual. Selain itu, Pusat Penyuratan Rujukan Melayu dan Kamus
Indonesia hendaklah digunakan sebagai rujukan bagi memudahkan pelajar membuat
rujukan tepat. Tambahan lagi, sebagai pengkaji kita hendaklah beradab sopan apabila
ingin menemu bual dengan seseorang seperti sebelum memulakan pertanyaan atau soalan
hendaklah mengetuk pintu kemudian memberi salam dan meminta izin kepada penemu
bual sama ada secara oral atau tulisan dan akhir sekali minta tandatangan dengan
saksi sekiranya penemu bual berusia 18 tahun ke atas manakal 18 tahun ke bawah
perlu meminta izin ibu bapa mereka terlebih dahulu. Sebagai pengkaji kita
diwajibkan merahsiakan identiti subjek atau penemu bual sebagai rasa hormat dan
hak mereka sebagai manusia. Perkara paling penting dalam melakukan temu bual
ialah bina hubungan antara penemu bual dengan responden.
Seterusnya,
aktiviti yang kami lakukan selepas quiz itu bersama ahli kumpulan yang sama
kami diarahkan untuk membincangkan satu topik atau tajuk yang ingin dibualkan
dalam video yang panjang tidak melebih 5 minit yang terdiri daripada seorang subjek,
seorang perakam dan dua orang pencatat. Banyak perkara baru yang kami terima
seperti sebelum menanyakan soalan hendaklah penemu bual sediakan soalan
terlebih dahulu dan bagus jika ada soalan tambahan dengan syarat minta izi
untuk menambah soalan. Selain itu, keyakinan diri antara penemu bual dan
responden perlu ada dan digalakkan menggunakan bahasa yang semua lapisan mudah
faham.
Pada
penghujung kelas, kami telah diberi dua tugasan yang agak mencabar iaitu menemu
bual pensyarah atau pendaftar dan menemu bual pekerjaan am yang berada di
Universiti Sains Malaysia ini dengan merakam video berdurasi 15 minit minimum
dan 30 minit maksimum yang bertema sumbangan pekerja kepada USM. Saya harap
saya dapat menjalankan amanah ini dengan sehabis baik.
Terima kasih.
Oleh : Azira Tarmuzi
No comments:
Post a Comment