Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat
semua pembaca,
21 November 2018, Rabu – Minggu ini
kuliah telah bertukar tangan kepada Dr. Radiah atau nama glamournya Dr. Odi. Sebelum kelas bermula seperti biasa kami telah
menerima arahan untuk mencari sebuah buku dalam bahasa Melayu dan sebuah buku
dalam bahasa Inggeris mengenai etika dalam penyelidikan dan etika dalam
penulisan dan setiap buku itu tidak boleh sama dengan orang lain. Arahan
seterusnya adalah Dr. Odi meminta Aizat untuk mengetuai dan membimbing bacaan
Yaasin untuk Dr. Rahimah yang merupakan pensyarah Ilmu Kemanusiaan dan pensyarah
Sastera yang sedang melawan dengan penyakit kanser pangkal rahim tahap 4 di
Hospital Pulau Pinang. Kami satu kelas membacakan Yaasin untuk Dr. Rahimah dan
tiba-tiba suasana hiba dan rasa sebak menyelubungi diri kerana teringatkan mak
ayah di kampung. Jika hendak diingatkan kembali tentang penyakit, mak dan ayah
saya pernah suatu ketika dahulu melakukan major operations yang mana pembedahan
tersebut merupakan pembedahan yang besar dan kalau ditanya perasaan kami pada
masa itu hanya Allah sahaja yang tahu walaupun pada ketika ayah melakukan
pembedahan injogram itu saya berusia
8 tahun dan masa mak menjalankan radiotheraphy
dan chemotherapy pada usia saya
13 tahun. Ayah penghidap sakit jantung dan mak penghidap kanser. Setiap orang
ada ujian masing-masing mengikut kemampuan diri, Allah itu Maha Adil. Allah
tidak akan uji hambaNya luar daripada kemampuan mereka.
Kemudian
kelas diteruskan dengan kami harus menjawab apa perkaitan suhu dengan etika
penyelidikan dan memberikan jawapan pada ruang komen bawah yang disediakan oleh
Dr. Odi. Jawapan yang saya berikan ‘Suhu
dan etika dalam penyelidikan mempunyai perkaitan yang mana unsur suhu itu
sendiri kita tahu ada panas ada sejuk jadi jika persekitaran dan keadaan suhu
subjek panas atau sejuk ( emosi ) akan mempengaruhi mereka meresponden soalan
daripada penyelidik’. Dr. Odi menyatakan tiada jawapan yang spesifik untuk
pertanyaan beliau tetapi kita boleh mengaitkan dengan persekitaran sekeliling
kita dan menjadi orang yang lebih peka terhadap orang sekeliling sama ada
keluarga, sahabat andai dan sebagainya. Berkaitan dengan etika atau adab kita
sewaktu menziarahi orang sakit dan kematian, seharusnya kita perlu lebih
berhati-hati dalam melakukan sebarang ungkapan atau tindakan. Sekian, ini sahaja coretan saya untuk kali ini.
Terima kasih kepada yang sudi membaca.
Kubur Arwah Atuk Hj. Ismail bin Kasi
(atuk yang paling rapat)
Al- Fatihah
Al-Fatihah
buat Almarhumah Dr. Rahimah A. Hamid yang sudah kembali ke rahmatullah pada
8.01 malam , Rabu (21 November 2018)
Sekian, Terima Kasih
Oleh : Azira Tarmuzi